in ,

6 Sebab Kenapa Anda Harus Menginap Di Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

Bandung memang terkenal sebagai salah satu destinasi kegemaran rakyat Malaysia. Ini kerana terdapat banyak penerbangan tambang rendah ke sana dan kos berbelanja di situ juga tidak terlalu mahal. Malah harga penginapan di hotel juga sangat berpatutan. Salah satu hotel yang sangat disyorkan untuk bermalam di Bandung adalah hotel Aston Braga. Ingin tahu kenapa hotel ini sangat disyorkan? ikuti enam sebab berikut.

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

6 Sebab Kenapa Anda Harus Menginap Di Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

1. Bilik mengikut pilihan
Berbeza dengan kebanyakan hotel lain, Aston Braga mempunyai 160 buah bilik dengan dua pilihan berbeza iaitu bilik hotel dan Condotel. Anda boleh memilih mengikut keperluan. Bilik-bilik Condotel yang berkonsep seperti kondominium mempunyai dua atau tiga bilik tidur, dapur kecil serta ruangan makan untuk keselesaan tamu. Dengan dua pilihan ini, Aston Braga pasti sesuai untuk semua golongan!

2. Kawasan terkenal Braga
ASTON Braga Hotel & Residence terletak di kawasan yang sangat hebat dan strategik. Berada sekitar 5 minit dari pusat bandar, ia menyediakan kemudahan untuk tamu bergerak dengan mudah. Jalan Braga sendiri mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan mengambil gambar.

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

3. Untuk pencinta makanan
Selain mudah untuk mencari aneka pilihan makanan di Jalan Braga sendiri, Aston Braga turut mempunyai ‘lounge’ dan restoran yang menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa.

4. Strategik untuk para ‘shopaholic’
Buat anda yang suka berbelanja, bukan sahaja bangunan hotel ini berkongsi bangunan dengan sebuah pusat membeli-belah malah Pasar Baru juga boleh ditujui dalam masa lima minit sahaja dengan menaiki kereta.

5.Malam-malam yang menghiburkan Anda suka menari? Atau suka berkaraoke dengan kawan-kawan? Jalan Braga mempunyai banyak pilihan dari kelab malam, pusat disko, kafe dengan persembahan live band dan juga pusat karaoke. Jadi anda tak perlu pergi jauh untuk mencari hiburan.

6. Bangunan Klasik dan bersejarah
Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di sepanjang Jalan Braga yang akan membuat anda berada seperti di zaman penjajahan Belanda. Banyak bangunan warisan Belanda yang masih berfungsi menjadi kedai cenderamata, restoran serta galeri seni yang dapat ditemui berdekata Aston Braga!

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

Aston Braga Hotel & Residence, Bandung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapakah Pemenang Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE LAST VAMPIRE PRINCESS