in ,

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Tribute P. Ramlee Kali Ke-2

Anugerah Tribute P.Ramlee 2014 yang masuk kali kedua dianjurkan oleh RTM bersama Suhan Movie & Trading Sdn Bhd menobatkan telefilem berjudul “Menunggu Hujan Teduh” sebagai Telefilem Terbaik pada majlis yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, baru-baru ini.

Malah kemenangan berganda memihak kepada drama ini kerana turut merangkul lima kategori lain iaitu Pengarah Terbaik (Azma Aizal Yusoof), Pelakon Lelaki Terbaik (Zaidi Omar), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azhan Rani), Sinematografi Terbaik (Azeli Mohammad) dan Skrip Terbaik (Mazelan Manan).

ANUGERAH TRIBUTE P. RAMLEE

Anugerah Tribute P.Ramlee Kali kedua Nobat “Menunggu Hujan Teduh” Telefilem Terbaik

Sementara itu telefilem Seteguh Kasih Ibunda memenangi dua kategori iaitu Pelakon Wanita Terbaik (Fauziah Datuk Ahmad Daud) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Izara Aishah).

Dua kategori baharu iaitu Anugerah Khas Juri Jiwa P.Ramlee dimenangi oleh Zul Huzaimy Marzuki dan Mohd Fahmi Sarindi menerima Anugerah Khas Juri Pemikiran P.Ramlee.

Manakala Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu pula diberikan kepada Seniwati Mariani Ismail bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan mantap Azhael, Musli Ramli, Farhan, Haziq, Black, Azlan Typewriter, Nassier Wahab, Salwa Abdul Rahman, Forteen, M.Nasir dan kumpulan Viola Paladin bagi mengenang kembali lagu-lagu nostalgia Allahyarham P.Ramlee.

Anugerah tersebut dihoskan oleh pengacara popular Awal Ashaari dan Yasmin Hani serta disiarkan secara langsung menerusi TV1. Ia turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Sebanyak 13 telefilem yang ditayangkan menerusi slot Tribute P.Ramlee bermula 28 Oktober hingga 28 Disember tahun lalu dipertandingkan bagi memberi pengiktirafan kepada mereka.

Telefilem lain yang turut bertanding pada majlis itu adalah Cinta Kedua (Jamal Khan), ‘Nak Kahwin Lagi’ (Nizam Zakaria); ‘Mengapaku Diseksa (Zul Huzaimy); ‘Kasih Antara Kita’ (Ismail Yaacob); ‘Mahabbah Rindu’ (Bade Azmi) dan ‘Jeritan Batinku’ (Michael Ang); ‘Apa Guna Berjanji’ (Datin Paduka Shuhaimi Baba); ‘Kalau Itu Takdirnya’ (Amie Maziah); ‘Engkau Laksana Bulan’ (Eirma Fatima); ‘Apabila Kau Tersenyum’ (Kamaruddin Ambak) dan ‘Demi Waktu Mahani’ (Mohd Fahmi Sarindi).

Azma Aizal Yusoof bersama trofi dimenanginya menerusi telefilem Menunggu Hujan Teduh

SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE:

# Telefilem Terbaik: Menunggu Hujan Teduh

# Pengarah Terbaik: Azma Aizal Yusoof (Menunggu Hujan Teduh)

# Skrip Terbaik: Mazelan Manan (Menunggu Hujan Teduh)

# Sinematografi Terbaik: Azeli Mohammad (Menunggu Hujan Teduh)

# Pelakon Lelaki Terbaik: Zaidi Omar (Menunggu Hujan Teduh)

# Pelakon Wanita Terbaik: Fauziah Datuk Ahmad Daud (Seteguh Kasih Ibunda)

# Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Izara Aisyah (Seteguh Kasih Ibunda)

# Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Azhan Rani (Menunggu Hujan Teduh)

# Penampilan Khas Terbaik: Zakaria Yusof (Mengapaku Diseksa)

# Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu: Seniwati Mariani Ismail

# Anugerah Khas Juri Pemikiran P.Ramlee : Mohd Fahmi Sarindi (Demi Waktu Mahani)

# Anugerah Khas Juri Jiwa P.Ramlee: Zul Huzaimy Marzuki (Mengapaku Diseksa)

Zaidi Omar dan Fauziah Ahmad Daud ungguli kategori Pelakon Terbaik Lelaki dan Wanita

Seniwati Mariani Ismail ... Tokoh Lakon Filem Melayu

persembahan Paladin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Yang Seronoknya Jalan-jalan di Bintan

Sinopsis Filem SUAMI AKU USTAZ