in , , ,

Terbaik Tribute P.Ramlee Khas Hari RTM Ke-75

Nantikan yang terbaik tayangan empat telefilem yang pernah disiarkan mengisi Slot Tribute P.Ramlee di TV1. Telefilem dipilih ini pernah memenangi Anugerah Tribute P.Ramlee dan istimewanya kali ini ia bakal menemui penonton RTM Khas meraikan sambutan Hari RTM Ke-75.

Disiarkan empat hari berturut-turut mulai Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 pagi mengisi slot Terbaik Tribute P.Ramlee di TV1.

Saksikan telefilem “Menunggu Hujan Teduh” pada 5 April ini, mengisahkan Rahman dan Habibah sering ke berisar-siar, lagak pula seperti pasangan sedang bercinta, waima ke masjid sekalipun, mereka seolah tidak langsung berenggang. Rahman sentiasa mencari kesempatan untuk berpegang tangan dengan Habibah.

Malangnya tindakan mereka menjadi buah mulut penduduk kampung dan menimbulkan rasa kurang senang anak lelaki keduanya, Hisyam dan anak perempuan bongsu, Maizura. Saksikan lakonan Zaidi Omar, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Zarynn Min, Nadia Aqilah, Sherry Al Hadad, dan Fara Nadiah. 

Telefilem ini pernah memenangi Anugerah Tribute P.Ramlee 2014 dalam kategori Telefilem Terbaik,Pengarah Terbaik (Izma Aizal Yusoof), Pelakon Lelaki Terbaik (Zaidi Omar), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azhan Rani), Sinematografi Terbaik (Azeli Mohammad) dan Skrip Terbaik (Mazelan Manan).

Seterusnya telefilem “Redhaku Untukmu” pada 6 April ini menyorot kisah cinta terhalang antara Eli dan Zahid. Eli dipaksa berkahwin dengan orang pilihan keluarga, manakala Zahid mencari kehidupan sendiri lalu bertemu dengan Marina. Namun Eli tetap tidak dapat melupakan Zahid. Ia dibintangi oleh Sharifah Sakinah, Iedil Putera, dan Zaidi Omar. Tiga kategori anugerah dimenangi telefilem ini pada Anugerah Kaseh Tribute PRamlee 2017.

Sementara itu telefilem “Putih Kemboja” pada 7 April ini, tak kurang menariknya kisah Zaleha tidak dapat menerima perkahwinan Dahlia dan Arman, seorang penagih dadah, lalu mereka dihalau dari rumah. Dahlia dan Arman telah dikurniakan zuriat bernama Amira. Setelah Arman meninggal dunia akibat HIV, Amira telah dipelihara oleh Zaleha. Sejak kehadiran Amira, perniagaan kuih muih Zaleha telah dipulau oleh penduduk kampung. Mereka menganggap Zaleha telah membawa wabak HIV. Telefilem ini membariskan pelakon Fauziah Nawi, Sura Sojangi, Hafiz Halim, Adik Qistina dan Ezrin Loy.            

Akhir sekali temui telefilem “Demi Waktu Mahani” pada 8 April ini, membawakan kisah percintaan terhalang antara Nancy Liew dan Badrul Hassan akibat dari pertelingkahan kaum. Nantikan lakonan hebat, Fadzley Ali, Azam Pitt, Tan Mei Ling, Ruby Ooi, Dato’ Rahim Razali, Nazeera Sardi, Maryani Ismail, Musly Ramly, Fazlina Ahmad Daud. Telefilem ini menggondol Anugerah Khas Juri Pemikiran P.Ramlee dalam penganjuran Anugerah Tribute P.Ramlee 2014. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 23

Dengan Sekali Lafaz, Neelofa & PU Riz Kini Sah Jadi Suami Isteri

Trophy Knives | 24

Trophy Knives Releases Their 10th Music Video With The Blazing “NAUSEOUS”