in

Siapa Pemenang Showdown 2012

Siapa Pemenang Showdown 2012. Program Realiti TV Terbaik Anugerah Skrin 2010/2011, Showdown kini sudah sampai ke kemuncak. Pentas ‘THE FINAL SHOWDOWN 2012’ akan digegarkan dengan gerak tari kreatif tiga kru hebat, Dem Lepak Boyz, Project Elementz dan Soul Gang yang bakal bersaing merebut gelaran juara.

Selain persembahan tiga kru tersebut, Showdown 2012 turut menyediakan persembahan istimewa pada malam akhir Showdown 2012 dan buat julung-julung kalinya, 8TV mempersembahkan kumpulan K-Pop Korea Selatan B.A.P untuk menghangatkan pentas Showdown 2012.

BAP Showdown

B.A.P (Best Absolute Perfect) dianggotai oleh enam anak muda berbakat – Bang Yong Guk, Kim Himchan, Daehyun, Youngjae, Jong Up dan Zelo yang bernaung di bawah syarikat TS Entertainment.

Single mereka ‘Warrior’ yang dilancarkan pada 26 Januari 2012 berjaya mencuri perhatian khalayak bukan sahaja di Asia malah di Amerika dan Eropah.

Ini kali pertama B.A.P membuat persembahan di Malaysia. Kumpulan yang banyak dipengaruhi oleh muzik hip hop ini dianggap sebagai kumpulan serba boleh oleh MTV Korea. Persembahan bertenaga mereka pastinya dinanti-nantikan oleh peminat semua.

“Saya sangat teruja dengan kehadiran B.A.P yang bakal memeriahkan pentas akhir Showdown 2012. Kita sememangnya tidak boleh menafikan fenomena muzik ‘K-Pop’ yang melanda dunia. Kami di 8TV gembira dapat berkongsi keseronokan ini bersama dengan penonton setia kami dan peminat Showdown 2012 khususnya yang tidak henti-henti memberikan sokongan,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

Juara Showdown 2012 akan membawa pulang wang tunai RM50,000 di samping berpeluang menimba pengalaman di ‘The Urban Dance Camp’ di Lörrach, German. ‘The Urban Dance Camp’ adalah sebuah bengkel tarian yang cukup berprestij. Bengkel antarabangsa yang diadakan setiap tahun ini memberikan pendidikan tarian yang terbaik untuk ‘street dance’ dan juga ‘studio-styles’ (koreografi). ‘The Urban Dance Camp’ ini sememangnya platfom terbaik untuk penari Malaysia menimba ilmu sebab menggabungkan bakat-bakat unik seluruh dunia.

Kru manakah yang bakal bergelar juara? Segalanya bakal terjawab pada malam ini di Showdown 2012 yang akan disiarkan secara langsung dari KL Live pada jam 9.30 malam ini, eksklusif di 8TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review InterContinental Kuala Lumpur

Gossip Tizz Zaqyah Ditampar Remy Ishak