in , ,

Gossip Tizz Zaqyah Ditampar Remy Ishak

Tiz Zaqyah Ditampar Remy Ishak : Berita hangat yang sekarang ini tersebar. Entah betul entah tidak kesahihannya. Ianya berkaitan dengan pelakon cantik Tizz Zaqyah yang dikatakan telah ditampar Remy Ishak.

Aduss sakitnya… Budiey tengah bayangkan dalam kepala ni… camnalah Remy tampar Tiz. Mesti sakitkan kalau kena tampar kat Remy Ishak. Budiey harap, berita ini tak betul-betul berlaku dalam dunia realiti. Entah-entah, ini adalah satu adegan dalam filem je. Budiey kenal dengan Remy Ishak, dia seorang yang baik dan takkan tergamak buat macam tu kat kekasihnya. Kalau marah sekalipun takkan perempuan secantik dan selembut Tiz dibuat macam tu. Kesiannya.

Gambar di bawah ini Budiey ambil semasa Budiey duduk betul-betul belakang pasangan kekasih ini semasa Anugerah Bintang Popular yang lalu. Dari situ, Budiey dapat tengok sendiri, betapa Remy sayangkan kat Tiz. Romantik gitu.

Budiey duk belakang CT, Lisa, Nora Danish, Tiz Zaqyah & Remy Ishak

Berita ini disiarkan oleh wartawan Zubir Mohd Yunus dalam artikelnya. Tiz Zaqyah sekarang ini dikatakan sudah tidak tahan lagi dengan perangai panas baran Remy yang semakin menjadi-jadi.

Sikap panas baran Remy Ishak juga dikatakan semakin buruk apabila satu demi satu telefon bimbit Tiz Zaqyah menjadi mangsa. Kemungkinan diperiksa?

“So, sekarang ni Tiz pakai hand phone murah murah, boleh buat call dan SMS saja,” ujar sumber Zubir MY itu dan sehingga artikel ini ditulis, Tiz Zaqyah turut memiliki iPad yang tidak kurang mahalnya dan kenapa tidak menjadi mangsa?

Sebelum ini, Remy pernah mengadu yang dia tidak dilayan oleh Tizz sewaktu beliau berada di dalam keadaan tidak sihat dan berada di wad.

Difahamkan pasangan bersama rakan mereka sedang bercuti di Thailand. Kemungkinan akan ada lagi info dan gosip panas selepas pendedahan wartawan Zubir. Tizz Zaqyah Ditampar Remy Ishak nanti. Sama-samalah kita tengok perkembangannya.

Budiey: Hari ini Budiey akan ke Pelancaran POLICE. Hehe, produk kaca mata hitam. Harapan semoga Tiz Zaqyah dan Remy Ishak hadir. Bolehlah tanya diorang pasal perkara ini. Dua-dua suka pakai kaca mata hitam. Jenama apa tak tau.

Tiz Zaqyah & Remy Ishak

Tiz Zaqyah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Pemenang Showdown 2012

Pertandingan Akhir Bintang RTM 2012