in

Siapa Juara One In A Million?

Peserta Top 3 yang bakal ke final sudah diketahui. Rakyat Malaysia telah sepakat memilih peserta Top 3 kesayangan mereka yang bakal ke final One In A Million. Peserta Top 3 One In A Million (Musim ke-3) ialah Aweera, Esther dan Tomok!

Setelah penyingkiran Nine minggu lepas, kini kami umumkan peserta Top 3 yang bakal berentap di malam final One In A Million (Musim ke-3).
 
Kita telah menyaksikan proses penyingkiran setiap minggu dan kita juga dapat melihat peningkatan dari segi persembahan dan vokal peserta-peserta. Peserta Top 3 ini telah bekerja keras dan berjaya mengharungi segala cabaran fizikal dan mental untuk kekal sebagai peserta Top 3 One In A Million!

Kini, peserta Top 3 perlu bekerja keras dan memberikan persembahan yang bertenaga dan menghiburkan untuk memancing undian penonton dan meraih hadiah bernilai RM1 juta ringgit! Siapakah yang bakal bergelar juara One In A Million (Musim Ke-3)? Segalanya bakal terjawab di malam final One In A Million, Jumaat ini.

One In A Million final akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 Mei 2009 (Jumaat) jam 8.30 malam dan turut disiarkan secara langsung eksklusif di saluran hip 8TV!

Malam final One In A Million merupakan saat penuh debaran yang dinanti-nantikan oleh peserta Top 3. Siapakah yang bakal beraksi di pentas akhir One In A Million?
Nasib peserta Top 3 terletak di tangan rakyat Malaysia dan hanya anda yang layak menentukan juara One In A Million (Musim Ke-3). Mampukah anda mengubah nasib peserta kegemaran anda?

Untuk mengundi peserta kegemaran anda taip:

(YA atau TIDAK) / (YES or NO) <space> <Contestant’s Name> dan hantar ke 33399.

Seperti musim-musim terdahulu, penyanyi klasikal terkenal Syafinaz Selamat dan penerbit/komposer Paul Moss diberi tanggujawab sebagai juri tetap bagi musim ke-3 One In A Million ini. Personaliti TV popular Awal Ashaari dan si cantik Marion Caunter turut bersama-sama kita untuk tahun yang ke-3 sebagai pengacara.

Tomok

Esther

Aweera

Musim ke-3 kali ini juga berbesar hati dengan kesanggupan nama-nama besar dalam industri di tanah air untuk sama-sama turun padang dan berkongsi kepakaran dengan 12 finalis ini.  Ning Baizura  bertindak sebagai Mentor Vokal, Pat Ibrahim sebagi Mentor Persembahan Pentas, Juita Abdul Jalil dilantik sebagai Mentor Keseluruhan Persembahan dan Yuaz pula adalah Pelatih Vokal.

Kini, anda diberi peluang untuk menentukan sama ada tiga atau dua finalis akan bertanding di malam final nanti! Keputusannya terletak pada anda! Untuk membuat undian, sila layari laman web rasmi One In A Million www.8tv.com.my/oiam.

Pada malam final talian undian akan dibuka selepas berahirnya persembahan LIVE peserta Top 3 pada 24 April 2009 dan talian undian akan ditutup secara rasmi sebelum berakhirnya Malam Final One In A Million (Musim Ke-3). Terdapat penambahan talian bagi SMS dan talian tetap bagi memudahkan peminat mengundi peserta kegemaran mereka.

Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan dari artis jemputan iaitu band popular Bunkface dan juga juara One In A Million (Musim Ke-2) – Ayu.

Tidak sabar untuk menyaksikan malam final One In A Million (Musim Ke-3)? Ingin menyaksikannya secara LIVE? Anda berpeluang untuk mendapatkan tiket-tiket secara PERCUMA. Tiket-tiket ini boleh didapati di bilik pengawal Sri Pentas, Bandar Utama bermula 23 April 2009 dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket-tiket ini melalui 8TV Quickie, Fly FM dan 8TV Celebrity Chat.

Pada malam Final, pintu stadium akan dibuka seawal jam 6.00 petang dan akan ditutup tepat jam 7.30 malam. Siaran langsung akan dimulakan pada pukul 8.30 malam dan anda dinasihatkan untuk datang ke stadium seawal yang mungkin bagi mendapatkan tempat duduk yang strategik.

Apa yang menariknya peserta Top 3 juga akan muncul di Anugerah Industri Muzik ke-16 untuk bersama-sama meraikan anugerah muzik yang cukup berprestij ini. Juara One In A Million (Musim Ke-3) juga dijemput sebagai salah seorang penyampai anugerah pada malam itu nanti.

Setelah bersiaran selama dua musim, One In A Million telah berjaya melahirkan bintang-bintang baru yang berkualiti. Rancangan ini juga mendapat sambutan yang cukup hebat dari para penonton dan orang ramai. Selain menawarkan hadiah lumayan bernilai RM1 juta ringgit, One In A Million juga merupakan satu-satunya rancangan di mana anda dibenarkan mengundi masuk dan keluar peserta-peserta pilihan anda.

One In A Million  mengalu-alukan kehadiran rakan penaja yang akan bersama-sama  memeriahkan lagi musim ketiga ini iaitu Strepsils dan Oxy di samping stesen radio rasmi, Flyfm.

Ingin mengenali peserta Top 3 kesayangan anda, jangan lupa untuk mendengar Fly FM pada 29 April 2009 dari jam 3.30 hingga 4.30 petang. Anda juga berpeluang untuk menonton peserta Top 3 di Breakfast Show (NTV7) pada 30 April 2009 jam 8.30 pagi.

Anda juga dapat menyaksikan juara One In A Million (Musim Ke-3) menerusi rancangan Quickie pada 3 Mei 2009 dan menerusi Fly FM Pagi Show pada 4 Mei 2009.
Pada 4 Mei 2009 juga, anda dapat berbual-bual dengan dua finalis yang tersingkir melalui One In A Million Star Chat di www.guamuzik.com.my dari jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Anda juga boleh berbual-bual dengan juara One In A Million (Musim Ke-3) pada 11 Mei 2009.
 
Untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, layari www.8tv.com.my atau www.facebook.com/group. Dapatkan berita-berita terkini di telefon bimbit anda dengan menaip ON 8TV hantar ke 22700 (Maxis) atau 36400 (Digi). Selain itu anda juga boleh melayari www.mobile.8tv.com.my  melalui telefon selular anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gempak Selebriti Astro di Plaza Angsana

Gambar Sekitar Konsert TV9 Dihatiku di Lumut Perak