in

Gambar Sekitar Konsert TV9 Dihatiku di Lumut Perak

KONSERT TV9 DIHATIKU MERIAH

Kemeriahan sambutan ulangtahun ketiga TV9 diteruskan dengan Konsert TV9 Di Hati yang disiarkan secara langsung dari Pangkalan TLDM, Lumut, Perak selama dua jam bermula 9.00 malam hingga 11.00 malam. 

Menerusi Konsert ini Fabulous Cats telah menyanyikan semula lagu TV9 dengan susunan muzik baru. Hos konsert Nabil yang juga merupakan pengacara kepada rancangan  Pondok Pondok dan Studio Nabil serta Ikhwan yang dikenali sebagai Bong Berjaya menggamatkan suasana Konsert TV9 Di Hatiku.

TV9 berasa amat bertuah pada malam ini apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddiin Abdul Aziz Shah Alhaj sudi mencemar duli ke Konsert TV9 Di Hatiku. Turut sama adalah YBhg Laksamana Dato’ Sri Abdul Aziz Bin Haji Jaafar, Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia dan isteri YBhg Datin Seri Sarah Binti Tun Abdul Ghafar, YBhg Dato’ Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Yang Berusaha Encik Bukhari Che Muda, Ketua Pegawai Operasi TV9 dan pihak Pengurusan Media Prima Berhad.

The Fabulous Cats

Gimik

Ramli Sarip

Elyana 

Antara artis-artis yang terlibat di dalam konsert tersebut adalah seperti Ramli Sarip (lagu Musibah & Kau Yang Satu), kumpulan Hujan (Pagi Yang Gelap, Bila Aku Sudah Tiada, Jiwa Kelajuan & Duganya),  Elyana (Kau Atau Aku, Tak Tercapai Akalmu, Molek & Kalis Rindu), Fabulous Cats (Akasia, Bawaku Terbang & Papa Jahat), Jaclyn Victor (Dambaran Cinta, PilihlahAku, Bukan Rayuan Gombal & Cepat Cepat), Wada (Destinasi Cinta & Hanya Memuji)) dan Haqiem (Terharu & Hanya Memuji).

Suasana konsert semakin gamat apabila Mr Os, Din Beramboi dan Nabil berjaya menghiburkan pengunjung dengan jenaka bersahaja mereka setiap kali tibanya waktu iklan. Terima kasih juga kepada TV3, Hotfm, Gua.com.my, para media dan juga penaja iaitu Konsert TV9 Di Hatiku iaitu Mee Sedap kerana sokongan mereka dalam menjayakan konsert penuh gemilang ini.

Mr Os, Nabil dan Shamsul Ghau Ghau

Pada minggu lalu, TV9  telah memeriahkan suasana sambutan ulangtahun ketiganya bersama keluarga kakitangan TV9, para media dan juga pelanggan-pelangagan setia. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk menghiburkan semua pengunjung seperti futsal pantai, volley ball, tarik tali, face body painting dan yang peling menarik perhatian adalah kemunculan maskot Upin & Ipin.

Tidak ketinggalan juga pengunjung berpeluang bertemu secara lebih dekat dengan artis- artis terkenal tanahair dan personaliti TV9 seperti Syed Mohd Khair, Azura Abu Samah, Amin Hayat, Farrah Adeebah, Nor Azean, Nabil Ahmad, Irma Hasmie, Mr. Os, Shamsul Ghau Ghau, kumpulan Hujan, Fimie, Adruce, Sharifah Shahira, Ijoi.

Jaclyn Victor

Lebih menarik, pada hari itu juga TV9 turut sama-sama menyambut ulangtahun rakan-rakan media lain seperti Harian Metro, Majalah Mangga dan juga majalah Media Hiburan. Malah, seramai lima pengamal media berjaya memenangi cabutan bertuah berupa dua tiket penerbangan setiap seorang ke mana-mana destinasi di Asia.  

Sambutan ulangtahun ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Sebagai stesen nombor 2 penonton Melayu dan juga dengan tagline terbaru iaitu TV9 Di Hatiku, stesen ini berusaha mengadakan pelbagai aktiviti padang dan juga menerusi rancangan-rancanagn menarik seperti Sua Rasa yang bakal menemui penduduk Kota Bharu pada 1 dan 2 May ini dan juga susunan rancangan-rancangan baru dan juga pengisian yang lebih segar menerusi Pondok-Pondok, Studion Nabil Kes Syariah, Chopp, Galaksi, Semanis Kurma, Busana, Siapa Pintar dan banyak lagi mengikut sasaran penonton TV9 iaitu kanak-kanak (kids), remaja dan belia bekerja (young working adult) dan pasangan keluarga muda (young families). Dengan cara ini, TV9 akan lebih fokus dalam penghasilan rancangan-rancangan baru kami.

Jangan lupa untuk sentiasa menonton TV9 Di Hatiku…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siapa Juara One In A Million?

Gambar Kakak Liyana Jasmay