in

Layanan VIP Pemenang Pertandingan LUX Gemilang Bersama Bintang

Pengalaman sejuta dolar hanya dengan LUX!

Tidak ramai wanita yang bangun dari lena dan mendapati diri mereka diiringi ke dalam limousin, diberi tatarias dan memakai gaun pereka lalu kemudiannya berkongsi karpet merah bersama himpunan bintang; tetapi bagi pemenang bertuah pertandingan LUX Gemilang Bersama Bintang Berita Harian 2011, inilah hari yang mereka nanti-nantikan.

Pengalaman sekali seumur hidup dapat berkongsi tumpuan dan perhatian bersama para bintang itu bermula apabila empat wanita – Fatimah Nur Ahmad @ Mohammad yang merupakan seorang pelajar, Nurul Alifah, suri rumah, setiausaha Haas Ja’afar dan eksekutif perhubungan pelanggan Rabiatul Adawiyah Ramli – menikmati mandian mewah yang membawa diri mereka ke karpet merah – bersama Bintang LUX Nur Fazura, di pertandingan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian bertempat di Genting Highlands baru-baru ini.

5. Group Shot From (Left) Hugo, (Middle) Fazura, (Right) Tanya Together With The 4 Winners

Perjalanan penuh glamor bagi gadis-gadis bertuah ini bermula dengan sesi pengukuran gaun yang dibuat khas oleh pereka yang meraih anugerah Calvin Thoo, yang rekaannya turut digayakan oleh selebriti seperti Anita Sarawak, Sheila Majid dan Erra Fazira.

Sesi pemadanan peribadi bersama Thoo di butik beliau di Kompleks Membeli-belah Lot 10 me

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Brad Pitt & Chow Yun Fat Khas Raikan Hari Wesak

Showdown 2012 Memperkenalkan Top 12 Krew