in

Keris Patih Showcase di The Funtheque The Ship Bukit Bintang

Band Indonesia, Keris Patih akan datang ke Malaysia untuk menjayakan persembahan di Anugerah Era di Arena Of Stars, Genting Highland pada 8 September 2007. Keesokannya pula, Keris Patih akan menghiburkan peminatnya di The Ship, Bukit Bintang pada 9 September 2007 jam 10 malam yang dibawakan oleh Tropic Jaya Entertainment dan PMP Entertainment

gambar keris patih band

Keris Patih yang dianggotai Doadibadai Hollo (Badai), 29, selaku pemain keyboard dan vokalis, Andika Putrasahadewa (Andika/bassis), 25, Arief Nurdiansyah Morad (Arief/gitaris) dan Antonius Surya Sularjo (Anton/pemain dram), 27 akan membawa lagu Tapi Bukan Aku yang sedang hangat di radio Era.

Manakala di showcase di The Funtheque The Ship Bukit Bintang pula, artis di bawah label Nagaswara ini akan membawa lagu-lagu popular daripada album Kenyataan Perasaan dan album pertama.

Mengimbau kebangkitan kerjaya seni mereka, lagu seperti Kejujuran Hati, Hanya Kamu Yang Bisa dan Cinta Putih terbukti berjaya memperkenalkan Kerispatih dalam industri muzik selain menobatkan mereka sebagai pemenang dalam beberapa acara anugerah.

Antaranya adalah, Pendatang Baru Terbaik Pilihan Pembaca Majalah HAI 2005, Album Pendatang Baru Ngetop di acara SCTV Music Award 2006 dan Most Favourite New Artist di acara MTV Indonesia Music Award 2005.

Album kedua ini disiapkan dengan agak santai, tidak tergesa-gesa tapi tetap fokus pada tema dan konsep. Bermula dari judulnya, instrumen yang digunakan hingga perkusi yang lainnya. Mereka yang terbabit dalam produksi album ini seperti Ada Rejos ’The Groove’ (perkusi), Riza Arshad (akordian), Oni (Sa’unine Orchestra) dan Effatha Choir.

Sebanyak 12 lagu dimuatkan dalam Kenyataan Perasaan iaitu Akhir Penantian, Sepanjang Usia, Mengenangmu, Untuk Pertama Kali, Dan Ternyata, Sebuah Pengabdian (Bunda), Masih Ingin Bersamamu, Tapi Bukan Aku, Kita Dan Dunia, Rahsia Cinta dan Cerita Lalu yang mana kesemua lagu dan lirik hasil ciptaan dan nukilan Badai.

Garapan pop yang eksklusif, elegan dan cukup gah dengan muzik yang progresif. Kualiti muzik yang sempurna dan sound yang bagus juga ada pada lagu lain dalam album seperti Dan Ternyata juga Tapi Bukan Aku.

Dua lagu itu tidak kurang hebatnya dari segi susunan muzik dan lirik. Lagu lain yang tidak kurang menarik adalah seperti Kita Dan Dunia, yang menceritakan mengenai bencana alam yang selalu melanda Indonesia serta lagu Sebuah Pengabdian (Bunda) iaitu lagu yang mengungkapkan rasa sayang terhadap ibunda. [Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6IXTHSENSE

Ulasan Video Klip Lagu Tak Bisa Memilihmu 6ixth Sense

Siti Nurhaliza & Datuk K Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary