in ,

Malam Edan Bersama Search di Planet Hollywood

PLANET HOLLYWOOD mempersembahkan MALAM EDAN bersama SEARCH, 9 SEPTEMBER 2007 (AHAD), 10.30 MALAM

“Sempena Meraikan Hari Kemerdekaan ke-50”

Kumpulan rock gergasi tanah air SEARCH akan kembali mengegarkan pentas utama Planet Hollywood pada 9 September 2007 (Ahad) ini! Persembahan eksklusif yang bakal bermula pada pukul 10.30 malam ini akan menyaksikan kehebatan kumpulan ini beraksi dan apa yang lebih istimewa lagi ialah persembahan ini juga adalah untuk meraikan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-50 tahun! 

Kumpulan Search ditubuhkan pada 1981 dan setelah lebih dari dua dekad berada di dalam industri, Search masih tetap berdiri kukuh dan para peminat kumpulan tersohor ini tidak pernah mengenal erti jemu menyokong mereka. Lagu-lagu evergreen kumpulan ini seperti “Isabella”, “Fantasia Bulan Madu”, “Rozana”, “Gadisku” dan banyak lagi masih diperdengarkan di corong-corong radio tempatan dan tetap menjadi siulan ramai. Showcase istimewa ini sudah pasti bakal mengubat rindu para peminat muzik rock sejati di luar sana yang sudah lama menantikan kemunculan kumpulan rock lagenda ini buat yang ke sekalian kalinya. Tidak dapat dinafikan, Search yang juga tersenarai dalam kelompok perintis irama rock di negara ini yang mempunyai ramai pengikut sehingga hari ini. Pengalaman lebih dari 25 tahun berada di persada seni ini melayakkan mereka dinobat sebagai di antara barisan artis yang cukup dihormati dan disanjungi sekali.

search edan

Search baru sahaja melahirkan album mereka yang ke-10; Gotik Malam Edan dan apa yang lebih istimewanya  lagi mengenai album ini ialah, Search berjaya menggabungkan kembali barisan pemuzik asal mereka; Amy (Vokal), Hillary Ang (Gitar), Nasir (Gitar Bass) dan Yazid (Drum). Kemunculan album ini cukup dinanti-nantikan oleh peminat-peminat mereka di luar sana dan sesungguhnya penantian itu cukup berbaloi kerana album terbaru kumpulan ini adalah di antara yang terbaik dari mereka dan cukup unik sekali!

Para peminat kumpulan gergasi ini yang ada di luar sana dijemput untuk hadir menyaksikan persembahan live mereka ini di dalam suasana yang penuh intimasi hanya di Planet Hollywood pada September ini. Kali terakhir mereka beraksi di pentas utama Planet Hollywood ialah tiga tahun dahulu (2004) dan sambutan yang diberikan cukup hebat sekali! Tiket berjaya dijual habis dan rata-rata yang hadir melahirkan kepuasan dalam diri masing-masing. Itulah Search! Ikon Rock Malaysia yang sebenarnya!

Di dalam showcase eksklusif ini, Search juga akan menjemput pemain gitar yang cukup tersohor sekali di Malaysia; Joe Wings sebagai penampilan khas pada malam tersebut! Kolaborasi hebat kedua-dua gergasi ini pasti berjaya menggegarkan malam minggu anda ini nanti!

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-50 ini dengan showcase istimewa ‘Malam Edan bersama Search’, hanya di Planet Hollywood, 9 September ini, pada pukul 10.30 malam. Search akan membawa anda kembali mengimbas zaman kegemilangan mereka dengan lagu-lagu dari album mereka yang terdahulu sehinggalah ke album terbaru mereka ‘Gotik Malam Edan’ seperti Yin & Yang, Memoria Anna, Neo-Romantik, Lara Tari Pencinta dan banyak lagi! Jumpa anda di sana !

Bayaran Masuk untuk menyaksikan showcase eksklusif ‘Malam Edan Bersama Search’ ialah RM 50 (termasuk satu minuman percuma). 

Planet Hollywood bertempat di bangunan KL Plaza, Jalan Bukit Bintang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-2144 6602.

[tags]lagu gothik malam edan, search, lagu search, download lagu search, gothic fashion, gothic font, gothic style, planet hollywood, merdeka, pantun merdeka, pejuang merdeka, myzone, maybank2u.com, isabella, gadisku, lagu rozana, showcase search planet hollywood, gotik malam edan, lagu torrent, muatturun ringtone search, youtube namewewe, lagu rap namewewe, ella jojie, katie watsaon, madonna, ella ratu rock, jojie bogel, ikon rock malaysia, wings joe wings, eureka, gambar hantu pocong, gambar kumpulan search, sejarah rock malaysia, tips belajar main gitar, belajar muzik, kl plaza, ikea, perabut ikea, drama heroes musim kedua, starworld, AXN, channel v, senarai lagu search[/tags]

band search rock malaysia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Blood Brothers The Story

Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia