in , ,

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

“Ia bukan sekadar konsert, ia satu pengalaman.”

Selepas menggegar peminat-peminatnya di showcase ROCKL4SIK @ Esplanade pada 18 Mac 2023 yang lalu, kini kumpulan rock lagenda SEARCH, yang diketuai oleh King of Rhythm (Noordin) dan King of Tremolo (Kid), bersama Yantoi (bassist), Firdaus (keyboardist), Min (drummer) dan vokalis Den Den, kembali untuk “gegaran susulan” di THE THEATRE AT MEDIACORP, pada hari SABTU, 09 SEPTEMBER 2023 JAM 8.00 MALAM.

Konsert ini boleh dikatakan hasil kolaborasi tiga negara iaitu gabungan SEARCH, kugiran rock dari Malaysia, dengan vokalis dari Indonesia, Den Den. Manakala RAB INTERNATIONAL (S) PTE LTD dari SIngapura pula telah diberi kepercayaan penuh dalam pengurusan artis dan penganjuran konsert. 

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

Bagi pihak penganjur, usaha sama ini terbit demi untuk menghiburkan para peminat dan pencinta muzik, bukan sekadar tanah air tetapi, seluruh Asia Tenggara.

“Kami di RAB International berbesar hati untuk menganjurkan konsert SEARCH..Rockin’ Temasek kerana jenama SEARCH ini amat besar dalam industri muzik di rantau Asia Tenggara, malahan di seluruh Asia.

“Kami selaku penganjur menitikberatkan kualiti untuk memberi yang terbaik kepada penonton, sinonim dengan visi kumpulan SEARCH. Dedikasi terhadap peminat ini menjadi bahan pembakar semangat untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa buat kumpulan SEARCH dan khususnya buat para peminat kumpulan rock lagenda ini,” kata Pengarah Projek RAB International, Puan Juressa Ong.

“Kami ingin memberi persembahan terbaik agar ia menjadi satu pengalaman istimewa bersama semua peminat dan pencinta muzik secara amnya,” ujar Noordin, Ketua Bersama SEARCH.

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

RAB International dan SEARCH juga memenuhi tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) dengan mengunjungi dan berinteraksi bersama para penghuni Rumah Peralihan PERTAPIS (PHH).

“Ini kali pertama kami, SEARCH, terlibat dalam acara kebajikan di Singapura. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para penghuni,” tambah Noordin.

Selaku penganjur konsert pula, RAB International berikrar bahawa S$10 dari hasil penjualan setiap tiket konsert akan disalurkan kepada benefisiari konsert iaitu Rumah Peralihan PERTAPIS.

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

RAB International (S) Pte Ltd menyeru peminat agar segera mendapatkan tiket konsert yang kini semakin laris melalui :-

Atas Talian : www.sistic.com.sg/events/rockin0923 

Belian Terus : Kesemua Agen SISTIC di seluruh SIngapura.

www.sistic.com.sg

TIKET KONSERT

Standard: S$238 (Rampage), S$188 (Fenomena), S$158 (Karisma), S$128 (Terbaik),

S$98 (Rockestra).

Restricted View: S$118 (Terbaik), S$88 (Rockestra).

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

Untuk pembeli tiket S$238 (Rampage), pihak penganjur telah menyediakan cenderahati istimewa dan sesi Meet & Greet bersama SEARCH selepas tamat persembahan konsert.

Para pembeli tiket boleh “Add On” S$100 untuk merebut peluang makan malam bersama SEARCH di The Malayan Council (Fullerton). Acara eksklusif ini terhad kepada 30 orang sahaja.

Pihak penganjur juga turut menyediakan talian khas buat syarikat, persatuan, organisasi dan individu yang ingin membeli tiket secara pukal (bulk purchase), anda boleh menghubungi talian +65 8338 3002.

Raikan pengalaman istimewa ini bersama SEARCH pada hari Sabtu, 9 September 2023, 8.00 malam di The Theatre at Mediacorp.

Search Rockin’ Temasek Pada 9 September 2023 di The Theatre At Mediacorp

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Resorts World Genting

Resorts World Genting Sambut Ulang Tahun Ke-58 Dengan Pelbagai Sambutan

azizan osman

Impak Usahawan Dalam Polikrisis Yang Semakin Berpanjangan