in

Shila Amzah Menang Juara Tempat Pertama di Asian Wave 2012

Sejurus Budiey sampai rumah dari event Grand Opening Butik H&M, Budiey telah menerima satu perkhabaran yang Budiey kira ianya satu berita yang menggembirakan dan membanggakan buat peminat Shila Amzah #Shilalas dan warga Malaysia di mana Shila Amzah telah memenangi juara tempat pertama di Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8.30 malam tadi.

Dengan kemenangan ini, Shila Amzah bawa pulang RM2.5juta hasil jadi juara Asia Wave 2012. Wow, sekelip mata jadi jutawan.

Shila Amzah Menang Asian Wave 2012

Congrats beb @Shilaamzah kerana anda telah menjulang dan mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asian dan antarabangsa. Jumlah yang tonton pertandingan ni pun bukan sikit. Kat Youtube pun ramai jugak yang tonton. Memang tak sangka betul Shila Amzah boleh menang sebab persaingan cukup sengit.

Patutlah juri gelar Shila Amzah ni superstar. Rupanya, dia dah kasi hint yang Shila Amzah akan menang rupanya.

Pada malam final tadi, Shila Amzah nyanyi 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

VIDEO Shila Amzah nyanyi lagu GRENADE di Final Asian Wave membawa gelaran Juara:

Video Shila Amzah nyanyi lagu Mandarin di Final Asian Wave 2012

Jika anda tonton video di atas ni, kita boleh tengok, semasa diumumkan sebagai juara, Shila Amzah ada menyelitkan ucapan terima kasih kepada ayahnya dan memeluk ayahnya dengan disaksikan oleh semua penonton. Budiey percaya, ramai yang menonton di You Tube ini turut terharu dan menitiskan airmata. Benarlah fakta mengatakan, restu ibu dan ayah sangat penting dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi, mohonlah restu dari mereka ya.

Berita gembira ini telah disahkan oleh adik Shila iaitu Syahir Hamzah menerusi twitter peribadi miliknya dengan menyatakan perasaan syukur terhadap kemenangan kakaknya itu.

Berikut adalah petikan twitter milik adik Shila:

Alhamdulillah. @Shilaamzah is a Champion for Asian Wave 2012!! Thanks for you guys for voting 🙂 Lets trending #TahniahShilaAmzah 🙂

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah.

Pengorbanan dan penat lelah penyanyi negara, Shila Amzah akhirnya berbaloi setelah menang bertarung dengan 5 lagi finalis dari beberapa negara lain dalam pertandingan final Asian Wave yang akan berlangsung pada malam tadi.

Dalam pertandingan final Asian Wave ini, Shila Amzah bersaingan sengit dengan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.

Pada mulanya, peserta daripada negara China mendahului di tangga teratas dengan undian secara online yang tertinggi iaitu melebihi 140,000 di mana ketika itu, Shila hanya mampu berada di tempat kedua dengan undian 69,000. Namun, Shila Amzah berjaya mengatasi persaingan ini.

VIDEO SHILA AMZAH PERFORM DI ASIAN WAVE 2012

Forever Love

Set Fire To The Rain

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.

Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Tahniah Shila Amzah!

Shila Amzah Menang Asian Wave 2012

Shila Amzah Menang Juara Asian Wave 2012

Gambar Shila Amzah bertudung di Asian Wave 2012 Competition. Cantik dan elegan. Rezeki bertudung namanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Umum 24 Peserta Terbaik Masterchef Malaysia Musim Ke-2

Filem Hollywood Terbaru Di Astro Best