in , ,

Shawal Tersingkir! Agogo GO OUT?

Simpati dan empati saya dengan Shawal sebenarnya bermula ketika Majlis Pengenalan Kelab Peminat Shawal lagi.

Tidak ramai media yang datang menjadikan kemeriahannya kurang dirasai. Ditambah lagi dengan prestasi Shawal yang karam pada konsert minggu ke -8. Dari situ, saya seperti pemerhati lain meramalkan Shawal mungkin tersingkir sekiranya gagal melakukan peningkatan.

Ternyata, malam ini di Konsert ke 9, lagu Copacabana tidak berjaya meluluskan Shawal ke pentas final. Sementelah lagi, duetnya bersama Candy untuk lagu Menari Dengan Ku tidak berapa masuk. Mungkin kerana kurang berlatih bersama Candy yang mengalami sakit tekak.

Mungkin Shawal mendapat lagu yang sukar untuk menonjolkan identiti dan magiknya yang sebenar. Sebutan yang tidak jelas dalam lagu Copacabana dan showmanship yang tenggelam timbul menjadi isu utama menutup pintu dan aura Shawal.

Tarikan penonton lebih kepada simpati kepada nasib Aswad yang mengalami kejang otot, dengan tarikan magnet dari Mila yang punya magik mempesonakan, dengan Heliza yang sudah keluar dari salinan suara Siti Nurhaliza, dengan Candy yang masih punya sokongan dari bumi sendiri, dengan aura luar biasa Ebi yang kesampaian… semua ini mempengaruhi halangan sokongan biasiswa dari penonton. Kesian Shawal…

Semoga bakat Shawal akan terus bersinar dan bercahaya di luar sana… bukan setakat musim bulan Syawal saje… 🙂

Ulasan lain:

  1. Pengurus Ning masih di London?
  2. Kenapa aku call Klubbkidd, dia tak angkat?
  3. Pakcik MMA yang nak beraya esok?
  4. Siapa lagi buat ulasan, kasi tau la, i nak linkkan di sini. Please help me.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan Tunduk | 23

Gais! Masuk Percuma! Ini Jemputan Majlis Penghargaan Penyokong AIZAT

Aizat Amdan Genggam | 24

Poster Preview Majlis Meraikan Peminat Aizat Amdan Rekaan dari Isma Yusoof