in , ,

Gais! Masuk Percuma! Ini Jemputan Majlis Penghargaan Penyokong AIZAT

Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai 1.45 petang. Door Gift menarik menanti pendaftar terawal. Datanglah beramai-ramai dan ajaklah kawan-kawan anda sambil berhibur bersama Aizat.

Esok (13 Mei) akan diadakan AIZAT GIVES BACK TO THE SUPPORTERS atau Majlis Penghargaan Kepada Para Penyokong AIZAT – KASI GEGAR!

Masuk Adalah

PERCUMA!!!

Tarikh:
13 Mei 2007, Ahad

Tempat:
Saloma Bistro, Kuala Lumpur

Masa:
2.00pm – 5.30pm

Warna Tema:
Hitam. Hehe.. Hitam itu menawan!

Monolog: Mungkin anda ingat-ingat lupa dengan namanya. Mungkin suaranya sudah hilang dari pendengaran anda. Namun, gegaran suara nyanyian serta aksinya di pentas AF masih mengisi secebis ruang di hati anda. Dulu, pernah kita mengalpakan satu nama ini kerana kemelut yang melanda dunia blog hiburan. Kini, keadaan sudah pulih seperti sediakala. Sekaligus membuka ruang kepada saya untuk kembali berbicara tentang bakat beliau. Saya akur bahawa hidup ini perlu ada keterbukaan. Sementelah lagi bagi seorang penulis blog hiburan yang bersifat picisan seperti saya… tidak elok untuk mengabaikan mana-mana selebriti pun. Hidup kita terlalu singkat dan pendek untuk meminggirkan mana-mana individu. Semuanya perlu dilayan sama rata. Adil dan saksama.

Dulu, mungkin pengkritik AF, Hattan, Ogy dan Fauziah Latif kecewa dan marah dengan penyingkirannya, anda pula tidak tahu bagaimana… marah atau happy saja, mungkin juga… akan terkilan atau mungkin juga anda tersenyum sinis dengan ketiadaan beliau di Akademi. Walaupun menerima 4 lampu biru, walaupun diberi standing ovation untuk lagu Perpisahan, lagu ADA… dia pernah dianggap terbaik oleh pengkritik walaupun dalam masa yang sama ada yang menidakkan keupayaannya. Kini, bekas pelajar AF ini ingin membuktikan kepada dunia yang mengata TIDAK bagi orang yang bertubuh gempal. Anda mahu atau tidak, satu-satunya yang anda pernah tonton aksinya di Akademi Fantasia… Aizat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wah! Ada Jemputan Ke Bloggers United Malaysia Gathering 2007

Shawal Tersingkir! Agogo GO OUT?