in ,

Syafie Naswip Selami Hasrat Ayah dalam A Untuk Abah

Shafie Naswip Selami Hasrat Seorang Ayah Dalam Telemovie Khas Hari Bapa di TV1

Impian si anak untuk menjadi pelukis Animasi atau Pereka Grafik Permainan Video yang terkenal. Namun hasrat si ayah pula mahukan dia mengejar cita menjadi seorang Pakar Jantung akibat kisah silam yang pernah terjadi dalam keluarga mereka.

Khas meraikan Hari Bapa pada 19 Jun ini, kisah anak yang tertekan kerana terpaksa memenuhi kehendak si ayah dalam mengejar cita-citanya melatari drama ‘A’ Untuk Abah pada 17 Jun, jam 10.30 pagi di TV1 yang dilakonkan watak utamanya oleh Shafie Naswip di samping Radhi Khalid, Liza Abdullah, Kazaruddin Saisi dan Norseha.

Ia bermula dengan watak Fahmi semasa diusia remajanya seorang pelajar “genius” yang sentiasa memperolehi keputusan cemerlang di dalam pelajarannya. Cita-cita Fahmi pula untuk menjadi seorang Pakar Jantung, tambahan pula Abahnya (Latif) yang merupakan seorang bapa tunggal telah mengidap penyakit lemah jantung tanpa disedari oleh Fahmi.

drama

Tetapi malangnya Latif meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari yang sama dan Fahmi amat kecewa kerana Abahnya tidak sempat melihat keputusan Fahmi yang mendapat pengiktirafan sebagai pelajar terbaik diperingkat negeri semasa itu. Pelajaran Fahmi semakin lama-semakin merosot sehingga dia hanya mampu mendapat keputusan sederhana di peringkat SPM, cita-citanya untuk menjadi Pakar Jantung gagal dan hanya berjaya menjawat jawatan sebagai Pembantu perubatan di sebuah klinik Desa Kerajaan sahaja.

Kini Fahmi berusia 40 tahun, hasil perkahwinanya dengan Suraya mereka memperolehi seorang anak lelaki tunggal bernama Azmi yang mewarisi sifat semula jadi “genius” daripada ayahnya (Fahmi). Azmi yang sedang belajar di tingkatan 3 akan menduduki peperisaan PMR. Azmi seorang yang berjiwa seni manakala Fahmi terlalu mengharapkan Azmi supaya nanti menyambung pelajaran di dalam aliran Sains Tulen dan diharapkan untuk menjadi seorang Doktor Pakar bagi memenuhi cita-cita Fahmi yang gagal dicapai olehnya sebelum ini.

drama

Azmi bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis Animasi (Pereka Graphic Video Games), dia bercita-cita untuk memasuki aliran sastera, selepas PMR nanti, dimana dia kemudiannya akan mengambil matapelajaran seni lukis yang suatu hari nanti selepas SPM dia ingin melanjutkan pelajarannya didalam bidang yang berkaitan minatnya.

Azmi terpaksa berkorban segala minatnya demi abahnya, kehidupan Azmi amat terkongkong, kawan- kawannya hanyalah buku-buku pelajaran, dunianya hanyalah sekolah dan menghadiri kelas tambahan serta kelas tuisyen. Dia tidak dibenarkan bersosial, bergaul dan melakukan aktiviti yang dianggap membuang masa dari padangan Fahmi. Azmi pada mulanya dapat bertahan, tetapi lama-kelamaan dia tidak sanggup lagi menanggung beban untuk memperolehi 100% A didalam semua pelajaran yang sedang di pelajarinya.

Semasa keputusan PMR diumumkan, Azmi nekad untuk melarikan diri ke kampung atuknya (Latif) kerana menyangkakan datuknya masih hidup. Dia mahu memujuk datuknya meyakinkan ayahnya supaya membiarkannnya memilih bidang diminati.

Ketika di kampung dia bertemu budak lelaki penjual kuih bernama Jai akhirnya Azmi berjaya sampai ke kampung halamannya yang dicari selama ini tanpa disedari olehnya. Azmi yang mulanya kekok hidup dalam kemiskinan, lama-kelamaan dia berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan yang sukar. Dia mula bersimpati melihat kehidupan Jai bersama ibunya, dan dia mula sedar bertapa pentingnya seorang bapa didalam sebuah keluarga.

Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah Azmi mengejar citanya? Mampukah keduanya berbaik semula seperti sediakala?

drama

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tune Talk Launches Lowest BB Rates In Malaysia

The Body Shop & Glam Heart Stop Child Sex Traffickin