in , ,

LoveLove CuteCute HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Senarai Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2019 Yang Legit, Yang Legend!

Anugerah berprestij pilihan penonton, ‘Anugerah MeleTOP Era’ atau ‘AME’ kembali semula dengan edisi yang ke-enam untuk mengiktiraf para penggiat seni tanah air merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dan digital sepanjang tahun 2018.

Khai Bhar

Bertemakan tagline ‘Yang Legit, Yang Legend’, penganjuran AME kali ini bakal menjanjikan persembahan lebih mantap. Khabarnya, seperti tahun sudah, akan ada penyanyi dari luar negara akan diterbangkan untuk buat persembahan. Tapi dari negara mana Budiey tak pasti lagi. Budiey rasa, paling tidak pun penyanyi dari Indonesia.

Haaa, pasti korang tak sabar untuk menonton AME 2019 kan? Apa-apa pun anugerah tak guna gak kalu korang tak mengundi. So, bersiap sedialah untuk memangkah artis pujaan korang tu.

Senarai Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2019

Untuk penganjuran tahun ke-6, AME 2019 masih mengekalkan format asal dengan memberi kuasa memilih sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi sendiri calon-calon kegemaran mereka untuk kesemua kategori yang dipertandingkan.

Jom tonton sekitar Sidang Media bersama penganjur AME yang berlangsung malam ini.

Anugerah MeleTOP Era 2019 berlangsung pada 21 April 2019 di Axiata Arena.

Untuk info, penyertaan AME adalah terbuka pada semua syarikat penyiaran televisyen dan radio tempatan, syarikat rakaman, penerbit, artis-artis dan penyumbang lain dalam industri hiburan untuk ambil bahagian.

Yang specialnya malam ni, para media turut dijemput sebagai tanda penghormatan dan terima kasih dari Astro kerana media tak jemu menyokong kejayaan AME selama ini.

AME 2019 bakal dilangsungkan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April 2019, jam 9 malam dan ditayangkan secara eksklusif di empat saluran utama Astro iaitu Ria (Astro 104), Prima (Astro 105), Ria HD (Astro 123) dan Maya HD (Astro 134).

Selain mengumumkan senarai penuh calon Top 20 untuk 16 buah kategori yang dipertandingkan, penganjur juga bakal memperkenalkan gandingan hos utama tidak lama lagi dalam sidang media ke-2.

Siapakah yang akan mengemudikan acara gilang gemilang untuk penganjuran tahun ini. Khabarnya, pengacara akan dirombak. Siapakah mereka? Sama-sama kita ketahui kelak.

AME 2019

Persaingan Antara Artis Lama & Artis BBNU

Seperti dijangka, beberapa nama dominan yang cukup bersinar tahun lalu tersenarai bukan saja untuk satu kategori tetapi lebih daripada itu. Kehadiran artis baru yang dikenali dengan nama BBNU juga turut memeriahkan senarai pencalonan kali ini.

Walaupun masih terlalu awal untuk meneka siapa yang mampu membawa pulang kemenangan, namun anugerah berdasarkan undian 100 peratus peminat itu jelas dinantikan terutama peminat setiap artis terbabit.

Apa yang pasti, matlamat penganjuran AME semakin kukuh mengambil kira populariti adalah elemen penting dalam kerjaya anak seni. Ia perlu seiring dalam memastikan penjenamaan kepada seseorang artis itu.

KATEGORI PENYAMPAI RADIO MELETOP

Untuk kategori Penyampai Radio Meletop ada 15 orang. Mereka ialah, Hani Fadzil Era, Radin, Mawi, Sharifah Shahirah, Issey Fazlisham, DJ Lin, Anas, Lin Ariffin, Jep, Rahim, Angah Raja Lawak, Shah Gegar, DJ Nas dan Anna Gegar. Bagi perkiraan awal Budiey, penyampai radio yang mungkin akan menang ialah DJ Lin.

KATEGORI LAGU MELETOP

Kategori Lagu Meletop pula ada 20 buah lagu. Lagu yang berjaya masuk carta pencalonan ialah, Dimatamu, Anta Permana, Amalina, Pedih, Hikayat Ben Laden, Bunga (Altimet), Bunga (Ara Johari), Pematah Hati, Haram, Tak Pernah Hilang, Sampai Bila, Kata Akhirmu, Tergantung Sepi, Luar Biasa, Nakal Nakal Nakal, Kau Pun Sama, Jatuh Bangun, Menahan Rindu, Nak Ke Tak Nak dan Police Entri. Lagu yang mungkin akan berjaya menang ialah Dimatamu.

AME 2019

KATEGORI PENYANYI MELETOP

Ada 20 orang penyanyi disenaraikan dalam kategori ini. Penyanyi yang berjaya tercalon dalam kategori Penyanyi Meletop ialah Sufian Suhaimi, Khai Bahar, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Hael Husaini, Wany Hasrita, Nabila Razali, Haqiem Rusli, Ara Johari, Aiman Tino, Misha Omar, Ayda Jebat, Ben Ladin, Ismail Izzani, Siti Nordiana, Syamel, Santesh, Alif Satar, Elizabeth Tan, Aman Aziz dan Zizi Kirana. Penyanyi paling meletop mungkin akan diberikan kepada Khai Bahar atau Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

KATEGORI GRUP/DUO BERKUMPULAN MELETOP

Terdapat 20 artis atau penyanyi yang terlibat dalam senarai kategori ini. Grup/Duo Meletop antaranya, Hyper Act, Xpose Band, Floor 88, Projector Band, Atmosfera, Akim & The Majistret, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, One Avenue Band, Amylea x Kaer, Caliph Busker feat Faizal Tahir, Syamsul Yusof & Black Hanifah, Tajul & Wany Hasrita, Malique ft Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh & Muadz Dzulkefly, Nastia, Putera Band, Sevendays, Wani ft Waris, Cherpen dan Fara Hezel ft Aiman Tino. Ramalan Budiey untuk kategori ini… mungkin Hael Husaini & Dayang Nurfaizah!

KATEGORI HOS MELETOP

Budiey ucapkan selamat maju jaya buat semua calon Top 20! Kepada peminat, selamat mengundi buat peminat dan pengikut tegar kepada artis yang terlibat.

Ame
Ame

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

BUDIEY

Peraduan Tayangan Filem A DOG’S WAY HOME

Nabila Razali

Craft Your Own Sizzling Lamb Burger at NY Steak Shack