in , ,

Senarai Program Menarik Di Awesome TV Sepanjang Minggu Kebangsaan

Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika pandemik ini. Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini disambut dalam suasana sederhana untuk bersama-sama kita menangani wabak Covid-19.

Melalui kempen #MalaysiakuOhsem, Awesome TV bakal menyajikan pelbagai program menarik sepanjang minggu Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-64 sehingga minggu Hari Malaysia. Biarpun santai, beberapa filem melayu lama dan malar segar yang bertemakan semangat patriotik. Selain itu barisan filem Hindi, Hollywood serta filem antarabangsa yang lainnya turut menghiasi sepanjang minggu-minggu tersebut bagi menghiburkan penonton Awesome TV.

Filem-filem yang memetik unsur-unsur kekeluargaan, kemasyarakatan serta nilai-nilai murni dijangka mampu menarik minat pencinta industri hiburan. 

Senarai Program Menarik Di Awesome TV Sepanjang Minggu Kebangsaan

SUSUNAN PROGRAM AWESOME TV

Slot Malar Segar

Aku Yang Berhormat – Rabu, 25 Ogos 2021 ( 9.00 malam)

Sebuah filem kemasyarakatan yang mengisahkan bagaimana Hamid dan Jaafar, yang bekerja sebagai petani dan juga anggota sukarelawan RELA, yang bersama-sama berusaha mendapatkan sokongan orang-orang kampung untuk menjatuhkan Jamali, wakil rakyat yang kejam dan tidak mengamalkan sikap ‘Bersih, Cekap dan Amanah’, dengan mencalon dan menaikkan Hamid sebagai wakil rakyat baharu untuk menggantikan Jamali. Selain itu, cerita ini mengisahkan isu-isu semasa orang kampung, menyaran rakyat untuk menyimpan simpanan dalam Amanah Saham Nasional.

Lakonan: Dharma Harun, Rosnah Mohd Noor, Hamid Gurkha

Prebet Lapok – Khamis, 26 Ogos 2021 (9.00 malam)

Kisah seorang pemuda yang nakal bernama Badul Lapok dipujuk supaya memohon menjadi anggota tentera dan diterima. Semasa menjalani latihan ketenteraan di Port Dickson, banyak peristiwa lucu berlaku dan di dalam diam-diam seorang gadis telah terpikat dengan Badul. Dalam operasi menentang insurgensi komunis, Badul mempamerkan keberanian beliau dengan kejayaan menembak mati seorang pengganas komunis dan menawan dua orang komunis. 

Lakonan: A. R. Badul, Azlina Aziz dan Tawil

Tuah – Ahad, 29 Ogos 2021 (2.00 Petang)

Filem ini yang berasaskan kepada Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Filem ini menggabungkan suasana dari zaman dahulu kala dan zaman moden. Seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Hang Tuah, pahlawan Melayu di abad ke-15. Semua orang berpendapat yang dia telah hilang ingatan, namun Sahira mula percaya dengan cerita Tuah.

Lakonan : Jamal Abdillah dan Eirma Fatimah

Malay Regiment – Selasa, 31 Ogos 2021 (9.00 malam)

Bersempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64, Awesome TV akan menayangkan sebuah filem inspirasi dari sejarah ketenteraan di Malaysia berjudul Malay Regiment arahan Jurey Latiff Rosli pada jam 9.00 malam. Filem ini memperincikan peristiwa sebenar Ops Kota Gubir I dan II, di mana pasukan keselamatan daripada 17 unit RAMD telah menyerang beberapa kem komunis di sempadan Thailand-Malaysia, berdekatan dengan Gubir, Kedah.  Dalam operasi kedua disaksikan Kapten Zainal bin Abd Rashid telah gugur selepas berjaya membunuh tiga orang pengganas komunis. Operasi tersebut telah berjaya membunuh enam daripada 15 orang pengganas komunis selain berjaya merampas pelbagai jenis senjata dan bom. Seramai 11 anggota keselamatan maut dalam Ops Gubir pada 26 April 1976. Filem ini menunjukkan bagaimana kesusahan orang dulu-dulu berjuang untuk memelihara dan memerdekakan tanah air ini.

Lakonan hebat oleh Ahmad Tarmimi Siregar, Kamal Adli, Nad Zainal, Erry Putra dan ramai lagi.

Leftenan Adnan – Khamis, 16 September 2021 (9.00 malam)

Pada Hari Malaysia, 16 September 2021 akan ditayangkansebuah filem patriotik Malaysia iaitu filem Leftenan Adnan yang memaparkan kisah benar dari peristiwa perang dunia kedua. Filem ini mengangkat semula kisah perjuangan Leftenan Adnan dalam menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Ketika itu, Leftenan Adnan Saidi telah terkorban semasa mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan tentera Jepun. Pertempuran di Bukit Candu yang terletak di Pasir Panjang, Singapura itu menyaksikan gugurnya seorang perwira Melayu yang begitu digeruni oleh musuh. 

Dibintangi oleh Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario.

Dramedi: Penghulu Interim – Jumaat hingga Ahad (9.00 malam)

Kisah masyarakat bandar yang tinggal di kawasan apartment. Borhan seorang technician kilang bersama isterinya Izzah Seorang jururawat hospital kerajaan yang mengalami krisis rumahtangga, sementara Borhan baru dilantik sebagai Pengerusi JKK baru tempat itu menggantikan Pak Ladin yang koma. Pelbagai keletah dan masalah yang berlaku pada penduduk di situ.

Pelakon: Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman, Natasha Charmaine, Issey Fazlisham, Rosli Rahman Adam, Zalfa Zin, dan ramai lagi.

Ohsem Tele: Holiday Aji Tom – Ahad, 29 Ogos 2021 (9.30 malam)

Haji Tom yang mengeluarkan perintah untuk anak-anaknya pulang ke kampung sekiranya mahu menjadi pewaris harta Haji Tom. Setibanya mereka di kampung, Haji Tom mengajak seluruh ahli keluarganya itu untuk pergi bercuti. Percutian itu bertukar menjadi huru-hara apabila pelbagai insiden lucu tak diingini berlaku dan konflik yang dihadapi oleh setiap seorang anak-anak Aji Tom. 

Lakonan: Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Bunga Isme, Syuhaida Abraz dan Tengku Zara

Hindi Special: Ek Rishta – Jumaat, 27 Ogos 2021 (9.30 malam)

Filem drama keluarga dimana muncul konflik apabila terdapat perbezaan pendapat antara seorang ahli perniagaan yang berjaya dan anaknya yang belajar di luar negara.

Lakonan: Amitabh Bachchan, Akshay Kumar, Rakhee Gulzar dan ramai lagi.

Awesome Movie: Fast & Furious, 28 Ogos 2021 (10.00 malam)

Dominic Toretto dan kumpulannya merampas tangki minyak petrol daripada lori tangki yang sedang bergerak di sebatang jalan raya di Dominican Republic. Selepas rampasan tersebut, dia merancang untuk meninggalkan teman wanitanya Letty untuk mengelakkannya daripada diburu pihak berkuasa. Namun demikian, semasa di Bandaraya Panama, dia menerima panggilan telefon daripada adiknya Mia yang mengatakan Letty telah mati dibunuh.

Lakonan Vin Diesel, Paul Walker, Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, John Ortiz, Gal Gadot, dan Laz Alonso

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel Berseloroh Jangan Tutup Kilang, Wawa Zainal Hamil Anak Keempat

TMJ Cari Lelaki Ini Kerana Sebuah Video Lagu Pasal Vaksin