in , ,

Aeril Zafrel Berseloroh Jangan Tutup Kilang, Wawa Zainal Hamil Anak Keempat

Pelakon Aeril Zafrel mengesahkan spekulasi peminat mengenai isterinya yang juga pelakon popular, Wawa Zainal kini berbadan dua.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Aeril Zafrel berkongsikan berita gembira apabila dia dan isteri, Wawa Zainal bakal menimang cahaya mata keempat.

Aeril berkongsi berita gembira mengenai kehamilan keempat isterinya dan meluahkan rasa syukur apabila doanya dimakbulkan. Dalam hantaran yang sama, Aeril turut berharap agar mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

“Alhamdulillah Ya Allah. Doa dimakbulkan, dapat bayi nombor empat. Tinggal nak satu saja lagi,”

– Aeril Zafrel

Dalam entri tersebut, Aeril turut memuat naik video isterinya yang sedang melakukan scan untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan. Namun tidak dikongsikan usia kandungan isterinya itu.

Menjengah ke Instagram Wawa pula, dia teruja menggambarkan kemeriahan keluarga nya kelak apabila muncul anak keempat mereka. Difahamkan kandungan pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin,30 ini sudah memasuki usia 7 bulan dan dijangka melahirkannya sekitar Oktober.

“Soon berenam InsyaAllah macam mana nak dapat gambar perfect ek. Ini pun baru 3 memang tak dapat yang semua on point,”

– Wawa

“Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi. Doa yang baik-baik ya. Terima kasih semua.

“Semoga Wawa sentiasa dalam lindungan-Nya. Terima kasih sayang. Jangan ‘tutup kilang’ dulu ya,”

– Aeril Zafrel

Aeril sempat berseloroh mahukan seorang lagi cahaya mata untuk mencukupkan 5 orang anak seperti yang dia impikan serta meminta isterinya tidak ‘tutup kilang’ lagi.

Perkongsian Aeril mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mengucapkan tahniah serta mendoakan proses kehamilan berjalan lancar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Oktovia Manrose Kini Berhijab, Semoga Terus Istiqamah

KAMAL ADLI

Senarai Program Menarik Di Awesome TV Sepanjang Minggu Kebangsaan