in , ,

Peraduan Jom Menangi Tiket Premiere Menonton Filem SISU

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari blog ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menonton filem ini di malam premiere, gais!

Filem bercorak drama misteri lagi thriller yang terbaru dari Sony Pictures yang dinantikan oleh sekalian moviegoers berjudul SISU akan ditayangkan pada 27 April 2023. 

‘One Man Army dari Finland’ adalah perkataan yang tepat untuk saya katakan selepas menonton trailer filem SISU. 

Filem SISU, yang ditulis dan diarahkan oleh Jalmari Helander Big Game, dibintangi oleh Jorma Tommila (Rare Exports) sebagai pencari gali, serta Aksel Hennie (The Martian), Jack Doolan (The Boys), Onni Tommila (Big Game), dan Mimosa Willamo (Tasik Bodom).

FILEM SISU

Untuk info pembaca, dalam bahasa Finland, ‘Sisu’ menggambarkan perasaan tekad yang tidak dapat dijelaskan secara spesifik, perasaan ini boleh diperolehi apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang dahsyat.

Filem ini diterbitkan oleh Lionsgate Studio dan tentunya studio itulah yang melahirkan francais hitman paling kejam iaitu John Wick.

Dalam treler pendek, SISU menyediakan suasana yang kejam, serta menakjubkan. Pergaduhan aksi berdarah antara askar Nazi dan seorang pelombong tua.

Berlatarkan Perang Dunia Kedua pada tahun 1940 yang mengisahkan kehidupan seorang pelombong emas di Finland. Pada masa yang sama pelombong bertemu dengan tentera Nazi dan mengubah keadaan menjadi sangat rumit.

Filem SISU telah mendapat penghargaan yang tinggi dalam tayangannya di Festival Filem Toronto. Menurut Rotten Tomatoes, SISU menerima penarafan 100% daripada 14 ulasan.

Dengan jalan cerita yang unik ini, sudah tentu membuatkan kita tertanya-tanya kerana, dalam treler pertama, protagonis ditunjukkan hanya seorang pelombong emas lama, dengan sejarah yang cukup misteri.

Bagaimana dia boleh menang melawan tentera Nazi? Siapakah dia sebenarnya? Semua itu akan terjawab di penghujung filem ini.

Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran dengan anda seluruh Malaysia!

FILEM SISU

Sinopsis Filem SISU

Semasa hari-hari terdesak terakhir Perang Dunia II, seorang pencari gali bersendirian (Jorma Tommila) melintasi laluan dengan Nazi di tempat pengunduran bumi hangus di utara Finland. Apabila Nazi mencuri emasnya, mereka dengan cepat mendapati bahawa mereka baru sahaja berselirat dengan bukan pelombong biasa. manakala tiada terjemahan langsung untuk perkataan Finland “sisu”, bekas komando legenda ini akan merangkumi apa yang dimaksudkan oleh sisu: bentuk keberanian yang tidak dapat dibayangkan keazaman dalam menghadapi cabaran yang sukar. Dan tidak kira apa yang dilemparkan oleh Nazi dia, skuad maut seorang akan berusaha keras untuk mendapatkan kembali emasnya – malah jika ia bermakna membunuh setiap Nazi terakhir dalam laluannya.

Peraduan Tayangan Premiere Filem SISU

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Info Tayangan Premiere Filem SISU:

Tarikh: 25th April 2023, Selasa

Masa: 8:45 malam

Lokasi: GSC The Starling Mall

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem SISU

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem SISU di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected]

dengan tajuk email: Tayangan Filem SISU – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

23 April 2023

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

FILEM SISU
FILEM SISU
FILEM SISU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RITA RUDAINI

“Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu,” – Rita Rudaini

Senarai Program Istimewa di Awesome TV Sepanjang Syawal Tahun 2023