in

Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7

Senarai nama pelajar yang akan bertapa di Akademi Fantasia telah pun diumumkan dalam Tirai AF7 malam tadi. 14 orang pelajar dipilih daripada 20 orang pelajar akan berhempas pulas untuk menjadi juara. 7 orang lelaki dan 7 orang perempuan.

Senarai 7 pelajar lelaki AF7     

  1. AKIM  (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
  2. OBRI  (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
  3. ARIL  (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
  4. HAFIZ  (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
  5. QHAUD  (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
  6. SIDI  (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
  7. YAZID  (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).  

Senarai 7 pelajar perempuan AF7 

  1. CLAUDIA  (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
  2. ISMA  (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
  3. ADILA  (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
  4. ZIZI  (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
  5. RUBISA  (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
  6. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
  7. RINI  (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

Tahniah kepada Rini, antara pelajar yang bertudung yang terpaksa meninggalkan Faezah yang terpaksa pulang dengan sebak airmata.

Tahniah kepada tiga orang ibu yang akan meninggalkan anak iaitu Isma, Rubisa dan Claudia.

Tahniah kepada artis rakaman yang berjaya iaitu Nas Adila dan Aril, adik Izwan Pilus.

Kelana, calon yang paling veteran tidak berjaya.

Nantikan pengumuman siapakah pengetua AF7 dalam episod pertama Diari AF7 jam 9 malam esok.

Selamat maju jaya kepada semua pelajar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawapan Trivia: Ikhwan Hot FM & Jam Tangan Quicksilver

Zizan Nin Pelakon Puaka Kain Kapan Drama Keliwon TV3