in

Jawapan Trivia: Ikhwan Hot FM & Jam Tangan Quicksilver

Jawapan kepada trivia: Jam Quicksilver Selebriti Mana Ni? ialah… Ikhwan atau nama sebenar Khairul Ikhwan Rosli. Penyampai radio Hot FM yang lahir pada 6 Oktober 1983 dan berasal dari Kuala Lumpur ini begitu peramah dan mesra orangnya. Meminati lagu I Felt In Love With The DJ dari Che’nell sebab lagu ini menjadi nada dering telefon bimbitnya. Masih lagi single dan sekarang ini drama lakonannya, Bong bersiaran di TV9.

3338061950 D47367A95F | 4

Ikhwan ketika ditemui di AM Krew VS Jawa Rangers di Tasik Titiwangsa

Bercakap pasal drama Bong, sebuah drama siri yang telah mempopularkan nama Ikhwan dengan watak remaja happy go lucky bergelar Bong. Berorientasiakan drama kekeluargaan, watak Bong seakan sebati dalam diri Bong sehingga ramai yang memanggil Ikhwan dengan nama ‘Bong’.

Dalam ramai-ramai pelako siri Bong, Mysarra antara pelakon cilik yang memegang watak Cha dalam siri Bong begitu rapat dengan Ikhwan. Diorang memang sesuai dan serasi diganding sebagai adik beradik.

Moga karier Ikhwan lebih cemerlang di masa depan.

3338060862 20D319Cf44 | 5

Ketika sidang media Twisties Bingit pada 31 Oktober 2008 lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidang Media Pertandingan Akhir Hits 1 Musim 6

Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7