in ,

Senarai Lagu Untuk Konsert Ke-5 Akademi Fantasia 5

Budiey teruja sekali melihat senarai lagu untuk konsert AF pada Sabtu ini. Banyak lagu yang bagus dan menarik termasuklah lagu hindustan sebagai lagu bonus.

Saya meramalkan konsert kelima nanti akan lebih gempak daripada minggu-minggu yang sudah kalau kena cara dan gaya.

Senarai lagu-lagu untuk Konsert Akademi Fantasia minggu ke-5:

  1. Dafi – Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
  2. Heliza – Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
  3. Shawal – Cinta Tak Karuan (Amigos)
  4. Dekna – Unfaithful (Rihanna)
  5. Rizal – Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
  6. Mila – Puncak Kasih (Ziana Zain)
  7. Ebi – Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
  8. Aswad – 60’s TV (OAG)
  9. Aizat – Itu Kamu (Estranged)
  10. Candy – Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
  11. Lagu bonus untuk semua pelajar: Aakhein Khuli nyanyian Lata M., Shweta Pandit, Sonali Bhatawdekar, Pritha Mazumdar, Udit N & Udhbav

Sedikit Analisa: Kemampuan & Keserasian

Percubaan Dafi mewarnakan irama 60an Bibir Mesra Jiwa Parah sesuatu yang saya nantikan. Penonton mahu melihat Dafi bergerak dan menari ala pop yeh yeh dengan lebih lincah, sharp dan mantap lagi untuk lagu dari penyanyi Zam Zam. Cabaran Dafi bukan pada menghafal lirik kerana liriknya memang sedikit. Hanya 4 rangkap sahaja. Masalah utama Dafi ialah vokal. Bagaimana pula dengan vokal Dafi untuk irama pop yeh yeh kali ini? Anda kira & bayangkanlah sendiri bagaimana?

Diberi lagu Ramlah Ram kepada Heliza seperti memberi gula-gula manis kepada Heliza. Amat senang rasanya untuk Heliza. Cuma perlu ada karakter seksi dan menggoda sikit. Walaupun lagu Diam-Diam Jatuh Cinta tidak berapa mencabar, namun saya ingin melihat Heliza membina identitinya sendiri. Lari daripada bayang-bayang Ramlah Ram dan juga lenggok Siti Nurhaliza. Minggu lepas, saya agak kecewa dengan Heliza kerana tidak memberi sesuatu yang WOW untuk lagu Torn. Susah juga kerana lagu pun tak berapa sedap, kan?

450696195 D67995E62F | 4

Shawal pula diuji dengan lagu dangdut dari Amigos yang popular di zaman 80an. Pilihan yang bijak. Lagu Cinta Tak Karuan tak sah kalau tak bergelek dan ada attitude yang lebih agresif. Shawal perlu ada stamina yang lebih. Soalnya, mampukah Shawal melakukan ‘da boom’ setanding dengan lagu sebelum ini, Kenangan Mengusik Jiwa?

Peminat Dekna -  Fan Club

Peminat dan Kelab Peminat Penyokong Dekna lengkap dengan sepanduk, banner dan memakai baju T Dekna Fan Club. Foto diambil sebelum konsert minggu ke-4 bermula.

Dekna memilih lagu Inggeris yang berirama perlahan yang tengah top. Lagu favorite saya juga. Cabaran utama Dekna sudah tentu untuk menghafal lirik yang panjang dan membaiki sebutan. Saya ingin sangat Dekna membawa dengan gaya yang lebih kreatif. Bukan setakat dapat menghayati lagu, malah Dekna perlu merancang plan dan graf persembahan agar lebih dramatik dan menyentuh hati penonton. Setakat berdiri macam stail dulu, baik tak payah! Stail tu dah basi!

Lagu Nash untuk Rizal bukan calang-calang sebab lagu tu ada nada tinggi masa korus. Silap-silap boleh terkucil. Begitu juga dengan lagu untuk Mila. Lagu Puncak Kasih memang sesuai dengan Mila. Saya rasa Mila pasti boleh buat punya. Sementara lagu untuk Ebi, Layu Sebelum Berkembang hanya sebuah lagu yang biasa-biasa dan tidaklah mencabar sangat untuk Ebi. Hanya perlu kawal suara dan feel (kecewa, melankolik & sedih) agar sampai kepada penonton. 

Aizat happy giler sebab mendapat ‘makanan ringan’ nya. Siap boleh peluk-peluk mesra dengan si Ebi. Sesuai sangat dengan range vokal kasar yang dimiliki Aizat. Dahlah lagu Itu Kamu tengah menjadi siulan dan masih segar macam ikan kat pasar. Rentak lagu pop rock ini sangat catchy. Saya rasa sekali lagi Aizat boleh menggamatkan Dewan Sivik. Saya yakin Aizat boleh buat.

Berbeza pula dengan Aswad yang mendapat lagu yang sukar. Ini baru betul cabaran namanya. Sampai bila Aswad perlu terselamat dengan membawa lagu genre slow rock kapak tu? Harap Aswad lebih agresif macam dia buat masa nyanyi lagu Nak Kahwin Duit Takde. Over pun overlah. Tak pe! Asalkan pandai guna pentas dan ruang.

Tak sah kalau takde lagu Indonesia, kan? Jadi, Candy rasanya happy dengan lagu Acha Septriasa ini. Lagu yang catchy dan mesra di telinga pendengar. Apalagi yang Candy mahukan? Dia hanya perlu menyanyi & suara Candy cukup lantang dan hebat. Entah-entah, Candy mampu nyanyi lebih sedap daripada penyanyi asal.

Lagu bonus untuk semua pelajar cuma untuk melihat warna-warni kepelbagaian suara dan persembahan. Tengoklah sahaja bagaimana persembahan pelajar minggu ini. Saya ni hanya suka-suka buat analisa berdasarkan pada pemerhatian showmanship mereka dan kemampuan mereka sebelum ini. Itu sahaja.

Nota Budiey: Diari malam ini sangat membosankan. Perlu ke Heliza, Shawal, Dekna dan Aswad dihantar ke Balai Bomba? Apa relevan atau kaitannya dengan pembelajaran seni persembahan & seni suara? Kan lebih baik mereka dihantar ke studio rakaman atau ke konti radio atau stesen TV? Apa kata anda?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan 2021 | 19

Kebolehan Aizat Dalam Lagu ‘La Camisa Negra’ Bersatu?

Dafi 2020 | 20

Sekitar Pelancaran Dafi FC di Strawberry Cafe