in

Senarai Lagu Tugasan Konsert Pertama Akademi Fantasia 7

Seperti biasa, para pelajar akan diberi lagu tugasan pada hari pertama setiap minggu. Transformasi bermula dengan memberi lagu yang diminati oleh pelajar. Pendek kata, kesemua lagu dipilih sendiri oleh pelajar dan mereka mampu untuk membawanya.

Paling Budiey tunggu ialah persembahan kakak Tomok iaitu Isma yang akan bawa lagu Sepi. Juga Adila dan Zizi, yang akan buat satu kejutan. Pemilik suara persis Jamal Abdillah, Sidi pastinya akan dinantikan juga kerana keunikan gaya serba bolehnya yang bakal menyuntik kelainan setiap minggu.

Rata-rata lagu adalah lagu popular yang sudah mesra dengan telinga kita. Pertama kali muncul di pentas AF, diharapkan pelajar dapat memberi imej pengenalan dan menampilkan genre muzik kesukaan mereka sebaik mungkin kepada penonton.

Budiey nak ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar. Buat yang terbaik!

Senarai Lagu Konsert Minggu Pertama AF7:

  1. Claudia – Sempurna (Andra & The Backbone)
  2. Isma – Sepi (Yuni)
  3. Adila – Di Bawah Pohon Asmara (Jac)
  4. Zizi – Molek (Elyana)
  5. Rubisa – Matahariku (Agnes Monica)
  6. Aishah – Dan Sebenarnya (Yuna)
  7. Rini – Elegi Sepi (Azharina)
  8. Akim – Hatiku Kau Luka (AlleyCats)
  9. Obri – Jeritan Batinku (Allahyarham P. Ramlee)
  10. Aril – Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
  11. Hafiz – Lagu Kita (Aizat)
  12. Qhaud – Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)
  13. Yazid – Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
  14. Sidi – Terima Kasih Cinta (Afgan)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anggun Promosi Album Elevation di Malaysia

Tonton Penyampai Radio Era TV di Astro Ria