in

Senarai 12 Finalis Dewi Remaja 2018/2019

Persoalan dan teka-teki mengenai siapakah 12 Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/2019 terjawab pada 31 Oktober 2018 yang lalu. Jom kita berkenalan dengan kesemua 12 orang finalis Dewi Remaja kali ini. Siapakah yang bakal menyerlah?

Lebih tiga tahun berlalu. Sejak gelaran Dewi Remaja disandang oleh pelakon Raysha Rizrose, kini program Pencarian Dewi Remaja kembali mencungkil bakat baharu.

Pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2018/2019

Pesonakan Bintang; Finalis Mula Bertanding

Bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, acara santai dengan tema ‘Pesonakan Bintangmu’, seramai 8 orang telah disingkirkan. Difahamkan hampir 500 orang datang mencuba bakat sepanjang 4 hari uji bakat berlangsung dan seramai 20 orang telah disenarai pendek untuk saringan akhir.

Dewi Remaja bukan sahaja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki rupa paras dan fizikal yang positif namun ia juga menjadi platform yang mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik para peserta.

VIDEO LIVE: Pengumuman Peserta DEWI REMAJA 2018/2019

Lapan Tersingkir 12 Orang Bakal Rebut Takhta

Kali ini seramai 12 peserta akan berentap untuk merebut gelaran juara yang akan bermula pada 25 November depan.

Pelakon baru yang muncul dalam drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek, Haneesya Hanee, 18, berjaya menempatkan diri dalam senarai 12 finalis pencarian Dewi Remaja 2018 / 2019.

Selain itu, penyanyi baru yang merupakan kakak kepada pelakon Neera Azizi, Zeera Azizi, 22, juga turut tersenarai sebagai 12 finalis Dewi Remaja 2018 / 19.

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, pertandingan itu telah melahirkan bakat-bakat besar dan membawa impak serta sumbangan pada industri hiburan tanah air.

“Menyingkap sejarah penganjuran Dewi Remaja edisi pertama lebih tiga dekad yang lalu, jenama dan legasi Dewi Remaja terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar pada industri hiburan.”

“Program realiti ini berjaya melahirkan ramai nama-nama besar. Sehingga kini pengaruhnya terus kukuh sebagai platform berprestij untuk mengenal pasti bakat-bakat besar dengan pakej komersial yang lengkap,” 

Pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2018/2019

Antara 12 finalis tersebut, terdapat juga muka-muka yang sudah pun ada dalam dunia glamor tempatan, antaranya adalah Haneesya Hanee dan Zeera Azizi.

Senarai Penuh 12 Peserta Dewi Remaja 2018/19

12 peserta itu ialah Fazreen Fazera, 20, Ernisha, 23, Sherin, 23, Zeera Azizi, 22, Rasya Sofea, 22, Aween, 20, Lydia, 20, dan Rania, 19, Arena, 19, Anna Jobling, 18, Tia Shah, 18 dan Haneesya Hanee, 18.

Dewi Remaja 2018/2019 bakal bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123) bermula 25 November depan.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon terkenal Scha Al Yahya akan bertindak sebagai pengacara rancangan berkenaan.

Manakala selebriti terkenal Datuk Hans Isaac dilantik sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan akan mengadili peserta.

1. Haneesya Hanee

Hanesya-696X696

Gadis berusia 18 tahun ini mula dikenali menerusi drama Cik Reen Cik Ngok Ngek melakonkan watak antagonis dalam drama tersebut. Dia juga mula berjinak-jinak sebagai model seawal usia 14 tahun lagi serta menghidap penyakit disleksia, skoliosis dan talasemia.

2. Tia Sara

Tia-Sara-696X696

Merupakan satu-satunya calon berambut pendek. Walaupun bertubuh kecil namun sangat lantang bersuara. Dia sangat fasih berbahasa Inggeris serta mempunyai bakat melukis.

3. Anna Jobling

Anna-Jobling-696X696

Gadis berusia 18 tahun ini merupakan seorang perenang dan pernah mewakili Selangor sebelum ini. Selain itu, dia juga turut berjinak-jinak sebagai model iklan TV komersial. Mempunyai wajah pan-asian kerana berdarah campuran Inggeris dan Portugis Melaka.

4. Arena Iman Wan

Ary-696X696

Lebih mesra dipanggil Ary, dia merupakan kakak kepada Adam yang mempunyai penyakit austism, juga anak sulung kepada komposer terkenal, Iman Wan. Pernah menjadi pelakon tambahan untuk siri Oh My English dan drama terbitan Singapura iaitu My Mother Stories.

5. Rania

Whatsapp-Image-2018-10-31-At-16.38.22-696X696

Mengikuti jejak langkah ibunya yang juga merupakan bekas Dewi Remaja edisi 1987/1988 iaitu Mimi Wahedah. Rania merupakan anak tunggal namun sangat berbakat kerana boleh menyanyi, beat- box malah dia juga menulis lagunya sendiri.

6. Lydia

Lydia-696X696

Satu-satunya peserta dari Sabah, gadis berusia 20 tahun ini juga ada muncul dalam drama Kuramanis dan Filem Negaraku, 16 September.

7. Aween

Aween--696X696

Berasal dari Kelantan, Aween pandai bersilat serta pernah terlibat sebagai pelakon tambahan dalam filem Munafik dan drama di TV3. Dia juga merupakan model iklan TV komersial serta pandai bermain gitar dan ukelele.

8. Rasya

Rasya-696X696

Gadis berusia 22 tahun ini merupakan seorang ‘cheerleader’ dan juga ahli gimnastik. Pernah terlibat dalam iklan TV komersial. Mempunyai banyak ‘mix’ iaitu Perancis, Siam dari bapa manakala ibunya pula, Arab, baba&nyonya, Indian dan Chinese.

9. Zeera Azizi

Zeera-696X696

Bekerja sebagai seorang pramugari, Zeera juga seorang penyanyi dan mempunyai single bertajuk Kehilangan. Dia juga merupakan kakak kepada pelakon dan penyanyi, Neera Azizi.

10. Sherin

Sherin-696X696

Gadis berusia 23 tahun ini juga merupakan seorang pramugari di Singapore Airline selama 3 tahun, pernah menjadi model TV komersial untuk iklan KFC, Rexona dan Mee Sedap.

11. Ernisha

Ernihsa--696X696

Merupakan seorang social media influencer dan bekerja sebagai seorang PR Executive. Gadis berusia 23 tahun ini membiayai sendiri kos pembelajarannya sewaktu menuntuk di Universiti dahulu.

12. Fazreen Fazeera

Fazreen--696X696

Berusia 20 tahun dan berasal dari Johor. Dia merupakan pelakon tambahan dalam filem Dubai My Love 2017 dan Surf This Love. Turut muncul dalam muzik video Faizal Tahir, Sejati.

Selamat maju jaya buat semua. Do the best okay?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa di Maldives

Info Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia