in ,

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Tahniah Budiey ucapkan buat kesemua 12 finalis yang bertanding dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/19 kali ini. Tahniah buat Haneesya yang berjaya bergelar juara! Good Luck dalam karier selepas ini, ladies!

Selepas melepasi pelbagai halangan dan cabaran, Haneesya Hanee berjaya meraih gelaran juara Dewi Remaja 2018/2019. Budiey kira, juri tak silap buat perkiraan dan ukuran. Sememangnya Haneesy layak menjadi Juara. Lihat video yang disiarkan di Youtube, jawapan spontan yang diberlkan cukup menyakinkan.

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Menepati ramalan, gadis manis berusia 18 tahun itu berjaya menewaskan empat finalis lain iaitu Affie Rania, Anna Jobling, Tia Sarah dan Sherin Amiri di episod akhir pencarian Dewi Remaja 2018/2019.

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Tia Sarah menyandang gelaran naib juara manakala Sherin Amiri berada di tempat ketiga. 

Tempat keempat disandang oleh Anna Jobling manakala Affie Rania berpuas hati di tempat kelima.

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Selain itu, gelaran Dewi Favorite dan Dewi Inspirasi turut diberikan di episod akhir ini.

Gelaran Dewi Favorite yang dipilih peminat menerusi laman web majalah Remaja disandang oleh Arena Iman.

Peserta dari Kelantan, Aween Ismail yang terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatan berjaya menyandang gelaran Dewi Inspirasi.

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019

Hadiah disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, Datuk Hans Isaac dan Editor Remaja, Faiz Aiman.

Di episod akhir ini, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac bertindak selaku ketua juri manakala pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi dan alumni Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa bertindak selaku juri jemputan.

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019
Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019


Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Mampu Bayar Cukai, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis oleh LHDN

Cast of CAPTAIN MARVEL Bring Star Power to Marina Bay Sands