in ,

Pencarian Dewi Remaja 2019 Kembali Menemui Penonton

Kurang setahun selepas edisi sebelumnya melabuhkan tirai, Kini Misi Mencari Seorang Juara Diteruskan!

Menurut rutin penganjuran pencarian Dewi Remaja sejak tahun 1985, ia hanya kembali menemui penonton setelah tempoh tiga ke empat tahun selepas penganjuran edisi sebelumnya. Percaturan itu adalah bagi memberikan ruang dan peluang yang selesa buat seorang Dewi Remaja serta rakan finalis lain untuk menempatkan diri sebagai barisan personaliti contoh yang konsisten di Malaysia.

Namun, sejarah nyata berubah setelah insiden 17 Januari 2019 lalu apabila gelaran Dewi Remaja 2018/2019 terpaksa ditarik semula oleh pihak NU Ideaktiv Sdn Bhd daripada pemenangnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan.

Pencarian Dewi Remaja 2019 Kembali Menemui Penonton

Insiden ini merupakan kejadian kali pertama dalam sejarah pencarian selama 10 edisi ia dianjurkan. Lantas, kerusi pemenang dibiarkan kosong tidak berganti dan misi mencari seorang juara diteruskan.

Sekali lagi, NU Ideaktiv menerusi Majalah Remaja akan berkolaborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mencungkil bakat-bakat segar yang berpotensi menjadi personaliti terbaik dari seluruh negara.

Masih mengekalkan tema Pesonakan Bintangmu, Dewi Remaja bukan saja mencari sekumpulan gadis remaja yang memiliki pakej rupa paras dan fizikal positif. Ia juga menjadi platform mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh finalis Dewi Remaja terdahulu.

Bulan September menyaksikan permulaan pencarian Dewi Remaja 2019 dan pintu ujibakat akan dibuka semula. Bertempat di kompleks Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam, sesi ujibakat akan berlangsung selama empat hari bermula 7 & 8 September, sebelum ia disambung pada minggu seterusnya pada 14 & 15 September.

Kali ini, pihak penganjur sedang mencari pakej gadis remaja yang lengkap yakni berkebolehan, mempunyai misi dan sedia bersaing secara sihat bagi merebut gelaran juara tersebut. Mereka yakin, dengan campuran latar belakang, persona dan daya tarik yang segar, pencarian Dewi Remaja 2019 akan menjadi antara edisi paling menarik untuk diikuti. 

Pencarian Dewi Remaja akan dipancarkan menerusi paparan 8 episod bermula 26 Oktober 2019 pada jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Di samping itu, perjalanan terkini peserta juga mendapat liputan menyeluruh di laman digital serta media sosial Majalah Remaja. Penonton pantas dapat menyaksikan aktiviti di-sebalik-tabir yang berlangsung di hujung jari.

Untuk mengikuti info terbaru mengenai pencarian Dewi Remaja 2019, kunjungi laman web: www.remaja.my/dewiFacebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja]. 

Hashtag :

#DewiRemaja

#DewiRemaja2019

#majalahremaja

Legasi Pencarian Dewi Remaja

Tengku Anis Tengku Ismail (Dewi Remaja 1995/86)

Aleeza Kassim (Dewi Remaja 1987/88)

Jasmeen Dhillon (Dewi Remaja 1990/91)

Wan Khatijah Wan Othman (Dewi Remaja 1994/95)

Juliana Banos (Dewi Remaja 1997/98)

Annahita Bakavoli (Dewi Remaja 2002/03)

Scha Al-Yahya (Dewi Remaja 2005/06)

Noor Neelofa (Dewi Remaja 2009/10)

Raysha Rizrose (Dewi Remaja 2014/15)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chaleeda | 19

Sekitar Pembukaan Semula Elianto Cawangan 1 Utama

It Chapter Two | 20

Peraduan Jom Menonton Filem IT CHAPTER TWO