in ,

Hans Isaac Nafi Bercuti Bersama Neelofa di Maldives

Hans Isaac telah menafikan dakwaan ramai yang mengatakan beliau pergi bercuti bersama Neelofa di Maldives. Wartawan Mstar Online telah bertanyakan kepada Hans dan ini jawapannya.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Mstar Online, Datuk Hans Isaac, 47 tahun, mengakui sudah menjalin hubungan cinta selepas membatalkan perancangan untuk berkahwin dengan seorang model pada Oktober tahun lalu. Tapi Hans tak akan mendedahkan identiti wanita berkenaan sehingga tiba masa yang sesuai.

“Saya ada kekasih, mungkin saya akan kahwin nanti tapi tak tahulah.Namun saya tidak boleh beritahu siapa dia, saya akan beritahu nanti,” – Hans

Hans juga turut menafikan dakwaan kononnya dia bersama pelakon dan pengacara Neelofa bercuti ke Maldives baru-baru ini.

“Tak, saya di lapangan terbang tu… KLIA dan sedang menuju ke tempat lain.

“Mereka yang ke sana (Maldives) dan bukannya saya. Seronok kalau dapat pergi Maldives, mahal tempat tu,” – Hans

Sebelum ini kecoh di media sosial selepas tersebarnya gambar Hans bersama peminat yang mendakwa mereka terserempak dengannya di lapangan terbang.

Lebih menimbulkan spekulasi apabila peminat tersebut menyatakan berada di Maldives pada gambar yang dimuat naik bersama Hans yang mana pelakon cantik manis itu juga turut berkongsi gambar di resort mewahnya di pusat peranginan itu.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Aziz Terkilan Pengacara MeleTop Seakan Menghalau

Senarai 12 Finalis Dewi Remaja 2018/2019