in , ,

Pengumuman Siapakah Peserta Dewi Remaja 2018/2019

Setelah hampir lebih tiga tahun berlalu sejak gelaran Dewi Remaja disandang oleh pelakon dan selebriti tempatan, Farza Naquraisha Rizrose, 22 atau lebih dikenali sebagai Raysha Rizrose. Kini, Pencarian Dewi Remaja yang konsisten mencungkil nama-nama besar dalam industri seni kembali mencari personaliti terbaik dari seluruh Malaysia.

Malah ia juga menjadi platform untuk mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti menarik; sekaligus meneruskan legasi yang dijayakan oleh peserta Dewi Remaja terdahulu. Satu pengumuman rasmi akan diadakan oleh Astro di Majlis Sidang Media Dewi Remaja 2018/2019  tidak lama lagi. Pada acara santai bersama media ini, Astro akan mengumumkan juga semua peserta yang akan bertanding merebut takhta Dewi Remaja 2018/2019.

Finalis Dewi Remaja 2014 . 2015 2
Ini Peserta Lama Hehehe.

Penganjuran tahun ini juga turut berbesar hati menerima kehadiran selebriti popular yang juga merupakan Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya selaku pengacara serta Datuk Hans Isaac selaku juri tetap yang akan turut hadir sewaktu majlis ini kelak.

Selain itu, majlis sidang media ini turut bakal dimeriahkan dengan kehadiran famili besar alumni Dewi Remaja & Hero Remaja serta barisan artis jemputan seperti Syamel, Hael Husaini dan ramai lagi.

Buat pertama kalinya secara eksklusif, senarai nama 12 finalis akhir daripada senarai ‘Top 20’ juga hanya akan turut diumumkan secara langsung sewaktu majlis sidang media kelak.

Siapakah yang bakal bertanding? Sama-sama nantikan okay?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kotak Suara Aiman Tino Selepas Jatuh Sakit

[FESYEN] Telekung Antara Tersenarai Sebagai Superbrands