in ,

Seleksi Terbaik Sempena Hari Wanita Sedunia di dimsum Entertainment

Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada Mac, dimsum entertainment bulan ini membawakan seleksi drama-drama menarik untuk tontonan seisi keluarga.

Menerusi tanda pagar sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini iaitu #EachForEqualdimsum entertainment komited untuk menyajikan variasi hiburan yang bukan sahaja bersifat santai, tetapi turut memberi aspirasi kepada golongan wanita. Sementara itu, kempen #FREEJER masih lagi berjalan dan pelanggan boleh menebus kod promo FREEJER untuk menonton kandungan percuma didimsum entertainment.

Deja Vu | Episod baharu setiap Rabu dan Khamis

Tirai bulan Mac dibuka dengan sebuah drama adaptasi berjudul sama dari Taiwan, Deja Vu. Mengangkat genre drama fantasi, Deja Vu mengisahkan tentang pasangan kekasih bernama Jane dan Wynn yang mula mengenali hati budi masing-masing dan menjalinkan hubungan cinta selepas Jane menyelamatkan Wynn daripada kebakaran. Sejak tragedi tersebut, mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan Wynn melamar Jane di sebuah tasik. 

Namun, sekembalinya mereka dari tasik tersebut, mereka mengalami kemalangan jalan raya dan Wynn meninggal dunia. Lara hati kehilangan kekasihnya, Jane kembali ke tasik berkenaan dan berdoa untuk bertemu kembali dengan Wynn. Tiba-tiba, seorang bidadari muncul di hadapannya dan menawarkan Jane untuk kembali ke masa lampau tetapi dengan satu syarat, dia tidak boleh jatuh cinta dengan Wynn. 

Jane menerima tawaran tersebut dan kembali ke masa lampau untuk menyelamatkan Wynn. Namun, sejarah berulang dan mereka kemalangan sekali lagi. Kali ini, Jane meninggal dunia dan Wynn pula diberi peluang untuk kembali ke masa lampau untuk memperbetulkan keadaan. Adakah takdir memihak pada cinta mereka?

Pelakon: Esther Supreeleela, Pong Nawat Kulrattanarak, Golf Phichaya Nitipaisankul, Pantila Win Pansirithanachote.

Different Dreams | Episod penuh | 40 episod

Ketika penjajahan Jepun di Korea pada 1919, berlaku dua peristiwa yang membuka kepada pintu kemerdekaan buat negara itu – Pergerakan 1 Mac dan penubuhan Kerajaan Sementara Republik Korea. Menerusi dua peristiwa tersebut, terwujudlah kumpulan persenjataan rahsia yang diberi 

nama Heroic Corps. Kumpulan ini diketuai oleh seorang pembelot negara bernama Kim Won Bong. 

Tiada siapa yang rapat dengan lelaki itu dan tahu nama sebenarnya. Namun, seorang doktor bernama Lee Young Jin, yang mempunyai ideologi berbeza terjebak dengan urusan Kim Won Bong. 

PelakonLee Yo Won, Yoo Ji Tae, Lim Ju Hwan, Nam Gyu Ri

After The Stars | Episod penuh | 22 episod

After The Stars mengisahkan tentang seorang bintang bernama Tian Ai yang sukar untuk mengetengahkan bakatnya dalam bidang hiburan kerana dihalang oleh seorang artis senior. Namun, apabila berjaya membuktikan bakatnya, Tian Ai mengalami kemalangan sehingga merosakkan wajahnya. Beberapa tahun kemudian, Tian Ai yang kini bergelar pengurus di syarikat pengurusan artis milik Guo Yu. Namun, dalam masa sama, Tian Ai juga bermusuhan dengan seorang lagi pengurus artis bernama Yi Ting. Begitupun, permusuhan itu berakhir dan mereka bersahabat. Namun, tidak lama kemudian, persahabatan mereka teruji apabila Tian Ai dan Yi Ting jatuh cinta pada lelaki yang sama, iaitu Guo Yu.

PelakonJeanette Aw, Shaun Chen, Jojo Goh, Kelly Liao, Cynthia Koh, Christopher Lee

The Little Nyonya | Akan datang | 34 episod

Pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu, kisah seorang anak yatim berketurunan Peranakan Melaka, The Little Nyonya kini boleh distrim di dimsum entertainment. Biopik fiksyen yang mengambil latar belakang tahun 1930an selama 70 tahun sehingga ke era moden ini mengisahkan tentang Yue Niang yang menjalani hidup sekitar zaman Perang Dunia dan membesar di bawah jagaan neneknya.

Mampu memasak dan menjahit hasil pembelajaran tidak langsung bersama neneknya, Yue Niang membesar menjadi wanita yang jelita, persis ibunya. Namun, kecantikan Yue Niang dicemburui oleh kaum keluarganya sendiri. Sehinggakan mereka sanggup mendera Yue Niang dan kemudian menjualnya kepada seorang pemotong daging bernama Liu Yi Dao. Begitupun, Yue Niang enggan berdiam diri dan memilih jalan hidupnya sendiri. Yue Niang mula belajar menguruskan perniagaan dan cuba menyelamatkan perniagaan keluarganya daripada jatuh merudum. Drama ini juga tersedia dengan sari kata dan alih bahasa Bahasa Melayu.

PelakonJeanette Aw, Qi Yuwu, Pierre Png, Joanne Peh, Xiang Yun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ruhainies Jelajah Indonesia Demi SECAWAN KOPI di TV Okey

Zahirah MacWilson Tak Kisah Saham Jatuh Lepas Dah Jadi Isteri Orang