in ,

Zahirah MacWilson Tak Kisah Saham Jatuh Lepas Dah Jadi Isteri Orang

Pelakon, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada 20 Februari lalu. Beliau tidak kisah andai saham jatuh selepas berkahwin, dan serahkan semuanya kepada rezeki.

Debaran penantian berakhir apabila Zahirah Macwilson kini sah menjadi pasangan hidup kepada Aiman Hakim Ridza dengan sekali lafaz pada tanggal 20 Februari. Pasangan bahagia itu dinikahkan oleh bapa Zahirah, Zainol Macwilson.

Hubungan romantik antara Zahirah dan Aiman bukanlah lagi rahsia apabila mereka memulakan perhubungan pada tahun 2018 dan mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu selepas tujuh bulan menyulam cinta. 

Selepas beberapa minggu bergelar isteri, Zahirah mengakui tidak berasa bimbang dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa saham akan jatuh selepas mendirikan rumah tangga.

Zahirah MacWilson Tak Kisah Saham Jatuh Lepas Dah Jadi Isteri Orang

“Sebenarnya saya tak kisah dengan pandangan orang yang mengatakan apabila seorang selebriti itu sudah kahwin, ‘saham’ akan jatuh.

“Bagi saya, kita tak boleh halang apa orang nak kata sebab macam mana pun mereka tetap akan bercakap juga.

“Akan tetapi pada akhirnya, itu semua berbalik kepada rezeki masing-masing. Sebab itu saya percaya kepada rezeki,”

Selamat pengantin baru!

Zahirah MacWilson Tak Kisah Saham Jatuh Lepas Dah Jadi Isteri Orang
Zahirah MacWilson Tak Kisah Saham Jatuh Lepas Dah Jadi Isteri Orang
Zahirah

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Seleksi Terbaik Sempena Hari Wanita Sedunia di dimsum Entertainment

Hidangan Al-Quran di TV AlHijrah Sepanjang Bulan Mac