in

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Anugerah MeleTop Era MINIFEST

Bagi merancakkan lagi inisiatif promosi dan pemasaran untuk penganjuran Anugerah MeleTOP Era pada tahun ini, pihak Astro bakal menganjurkan acara pesta AME 2015 Minifest yang menggabungkan konsep trak makanan atau food trucks, muzik dan juga fesyen bagi peminat industri hiburan tanahair.

Uniknya, para peminat boleh menyertai acara ini secara percuma sekaligus berpeluang bersantai dan menyertai acara ‘picnic’ bersama selebriti kesayangan mereka.

Budiey dengar, ramai selebriti terkenal akan turut hadir memeriahkan acara ini. Antara barisan selebriti yang bakal membuat penampilan istimewa sewaktu acara ini termasuklah Amar Baharin, Bunkface, Ila Damia, Mizz Nina, Ayda Jebat, Ainul Aisyah, Dato’ Fazley, Daiyan Trisha, Hazama, Ewal, Firman, Aman, JoMeGo, Zamir Masterchef serta ramai lagi.

Majlis Anugerah Meletop Era MINIFEST pada 15 Februari 2015 (Ahad), jam 3.00 petang @ Pacific Place, Ara Damansara.

Semua pembaca budiey.com dijemput hadir.

Anugerah Meletop Era Minifest

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

First Footage From The Set of SPECTRE 007

Pelakon Indonesia Alex Komang Meninggal Dunia