in

Pelakon Indonesia Alex Komang Meninggal Dunia

Aktor terkenal Indonesia, Alex Komang atau nama sebenarnya Saifin Nuha menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi (waktu Indonesia) akibat kanser hati tahap empat. Allahyarham meninggal dunia pada usia 54 tahun di Rumah Sakit Umum Pusat di Kariadi, Semarang, Jawa Tengah.

Alex mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Noor Ashikin Sultan Abu Bakar pada 1998. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang puteri, Aisyah Hanna Amani.

Alex-Komang-Film-Bisa-Jadi-Alat-Penetra-A7F1Bd

Allahyarham hujung tahun lalu dilihat masih bersemangat mempromosikan filem Gunung Emas Almayer lakonannya. Filem berkenaan yang diberi judul Hanyut di Malaysia masih tertunda tayangannya di sini.

Teman artis seberang seperti Melly Goeslow turut mengucapkan takziah dengan memuat naik gambar Allahyarham di laman instagram.

Di laman twitter turut dibanjiri ucapan takziah kepada keluarga allahyarham.

Antara filem lakonan Allahyarham seperti Surat Dari Bulan, Laskar Pelangi dan Puteri Gunung Ledang terbitan produksi Malaysia. Filem lain lakonan Alex ialah Secangkir.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selebriti Popular Bakal Meriahkan Anugerah MeleTop Era MINIFEST

Yana Samsudin Sudah Nikah Fadzil Zahari Sah Jadi Suami Isteri