in

Selamat Ulangtahun 8TV Ke-8

SAMBUTAN ULANG TAHUN 8TV YANG KE-8!

AWAS: Kandungan informasi di bawah ini boleh buat anda teruja!

Ayuh, kini tiba masanya untuk anda bersiap sedia untuk sambutan ulang tahun paling meriah tahun ini! Pastikan anda bersiap sedia dengan busana paling glamor, sepasang kasut untuk berdansa dan marilah kita bersamba dan beriang-ria dengan sambutan ulang tahun ke-8 saluran televisyen paling hip, 8TV – BIG 8 BASH!

Tanggal 7 Januari 2012, saluran paling hip bakal mengukir sejarah apabila 8TV mempersembahkan para peminat dan penonton sebuah acara yang cukup ‘happening’! Dalam acara ini, anda bakal dihiburkan dengan sususan program dan aktiviti yang terbaik tidak ketinggalan persembahan dari artis-artis popular yang pastinya menghiburkan!!

Image003

Acara BIG 8 BASH ini akan bermula seawal jam 4.00 petang, jadi pastikan anda terus bertenaga sehingga majlis ini tamat untuk sambutan hebat yang bakal disinari selebriti-selebriti terkenal serta aktiviti-aktiviti menyeronokkan di Tempat Letak Kereta Terbuka pusat membeli belah One Utama (Old Wing). Kawasan tersebut akan berubah wajah menjadi sebuah kawasan yang berwarna-warni dan gegak gempita di mana pengunjung akan dihiburkan oleh para artis dan penghibur selama 8 jam!

Acara BIG 8 BASH ini bakal menyaksikan satu konsert Cina yang akan berlangsung selama 2 jam diikuti dengan konsert Urban yang juga akan berlangsung selama 2 jam. Kemuncak acara ini semestinya ‘countdown’ untuk ulang tahun ke-8 8TV yang jatuh pada 8 Januari 2012. 8TV telah merancang untuk menyambut ulang tahun ke-8 8TV dengan menerapkan elemen-elemen nombor 8 dalam seluruh acara penuh bersejarah ini! Acara ini semestinya bakal menggamit nostalgia!

Dengarkan sendiri alunan muzik dari band-band tempatan negara seperti The Azenders, Kyoto Protocol dan Enterprise berserta dengan suara lunak merdu Henley Hii, Karen Kong, finalis Ultimate Power Star; Kopi dan Vivian, tidak ketinggalan Reza Salleh dan juga Liyana Fizi yang bakal menghiburkan para penonton dengan lagu-lagu terbaik mereka. Selain itu, anda juga akan dihiburkan dengan ‘rapper’ terkenal Joe Flizzow, Sona One, Altimate, Arabyrd! Juara Showdown 2011, Elecoldxhot juga bakal menghiburkan anda dengan gerak tari kreatif mereka!

Seorang artis antarabangsa turut menjadi taruhan dalam acara bersejarah ini! Penghibur antarabangsa kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Taiwan Nicholas Teo dan Aga (pemenang program Super Idol musim ke-4) akan turut hadir dalam sambutan ulang tahun 8TV BIG 8 BASH!

“8 tahun yang lalu, kami menyimpan satu cita-cita besar. Kami juga menyimpan satu idea dan berkat segala usaha kami sepanjang 8 tahun ini, 8TV telah melebarkan sayapnya dan mendapat tempat dihati para menonton tempatan. Ini adalah berkat kerja keras dan dedikasi keluarga 8TV.

Arabyrd-2-10

ARABYRD

8TV telah mengharungi banyak dugaan dan cabaran sepanjang saluran ini bersiaran namun kami berbangga kerana 8TV telah banyak belajar melalui segala cabaran tersebut dan mara lebih tegar dan baik dari sebelumnya,” Kata Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Cik Airin Zainul. Airin turut menambah,
8TV telahpun membuat pelbagai gimik sempena sambutan ulang tahun ke-8 ini yang bertitik tolak bermula awal Oktober 2011 lalu apabila berlangsungnya pertandingan mesra alam 8TV FUN HUNT.

Acara tersebut menyaksikan para selebriti, media dan peminat turut serta selama satu hari yang padat dengan aktiviti dan permainan mesra alam serta cabaran kitar semula. Acara ini diadakan dalam usaha 8TV untuk memupuk semangat sayangkan alam semulajadi.

Tarikh 12 Oktober 2011 pula menandakan hari ke-88 sebelum ulangtahun 8TV dimana ‘countdown’ bermula. Disamping itu, ‘Pow Pow’ yang merupakan maskot 8TV turut menggemparkan suasana apabila ‘Pow Pow’ memasuki pejabat Media dan Klien sambil melemparkan lampin kepada penghuni pejabat tersebut. Maskot yang berupa seorang bayi comel ini turut menghiburkan semua yang ada apabila Pow Pow turut serta dalam aktiviti amal 8TV yang diadakan di Selangor Handicapped & Mentally Retarded Children Centre di Ampang pada 1 December 2011 lalu. Selebriti 8TV serta beberapa penonton bertuah 8TV turut menyerikan majlis amal tersebut.

Bukan ini sahaja, 8TV telah pun merancang untuk mempersembahkan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan bagi penonton setia 8TV.
Apa yang ditunggu lagi? Kini masanya untuk anda, keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai untuk bergembira dan bersiap-sedia untuk parti paling gempak tahun ini! 8TV bakal menghidangkan anda dengan satu acara muzik dan hiburan pada 7 Januari 2011 bermula pada jam 4.00 petang di Tempat Letak Kereta Terbukapusat membeli belah One Utama (Old Wing).

Acara ini pasti menggemparkan malam minggu anda – rugi sekiranya anda ketinggalan dalam acara penuh riang ria ini!

BIG 8 BASH mengalu-alukan penyertaan 1Utama sebagai lokasi rasmi, Hotel Hilton Petaling Jaya sebagai hotel rasmi serta radio rasmi Fly FM dan One FM. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan kegemaran anda secara percuma hanya di 8TV. 8TV juga disiarkan di Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Joe1

Nic1

8Th Anniversary Big 8 Bash - Copy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The World’s First 360-Degree Projection Dome Pavilion KL

Aznil Nawawi & Suhaimi Sulaiman Hos ON AIR