in

Sekitar Sidang Media Pengumuman Hos Akademi Fantasia 9

Budiey sangat menyokong kalau Astro mengambil inisiatif untuk mengumpul semua bintang atau juara AF sedia ada untuk diberi peluang bertarung di pentas Akademi Fantasia seperti mana yang telah dibuat untuk program Raja Lawak.

Namun, untuk mengumpul semua kesemua juara AF untuk pertandingan seperti ‘Maharaja AF” sudah tentu bukan satu perkara yang mudah. Ramai antara mereka yang ada komitmen lain. Ada juga yang hilang entah ke mana tanpa khabar berita.

Budiey rasa penonton akan teruja menonton semua juara AF beradu di satu pentas. Apa-apa pun, idea seperti Maharaja Lawak yang akan disiarkan di Astro Warna satu idea yang tak pernah dibuat oleh mana-mana stesen TV. Mesti ramai tertunggu-tunggu macamana bentuk dan rupa program tu nanti. Agak-agak kalau Nabil join Maharaja Lawak, dia boleh menang sekali lagi tak?

Gambaran untuk melihat semua bekas AF disatukan di satu pentas sebenarnya sudah menjadi realiti semasa sidang media AF9 yang berlangsung pada 7 Mac lalu. Ramai bekas pelajar AF hadir untuk memeriahkan majlis dan mempersembahkan lagu Menuju Puncak. Namun, sayang mereka tak perform seperti yang kita tonton semasa konsert. Mungkin diorang pun dah lupa dengan tarian Menuju Puncak. Antara yang hadir ialah juara AF8 Shahir, Hafiz, Mawi, Zahid, Azza, Khai, Rosma, Diddy, Haziq, Farhan, Aril dan ramai lagi.

AF

Antara bekas bintang AF yang dulunya pernah menyinar dan kini masih bersinar

AF

Sidang media dihoskan oleh Ray dan Haniff dari Era FM

AF

Seperti yang dijangka, Aznil Nawawi dilantik semula menjadi hos AF yang terakhir.

AF

AF

Mahu baling apa tu?

AF

Okay, 1Malaysia!

AF

Khai, Haziq, Shahir dan Mawi… siapakah antara mereka yang paling kaya?

AF

Wajah-wajah ceria bila lama tak bertemu mata… mesti banyak cerita?

AF

Okay, siapa pula pelajar AF9? Nantikan pengumuman seterusnya.

AF

AF

Anding: Ingat lagi saya? Ala yang nangis & kasi chain kat Farah Breep Breep masa dia tersingkir tu?

AF

Diddy yang baru sahaja habis pementasan teater Terima Kasih Cinta.

AF

AF

Korang perasan tak Haziq sekarang makin tough, badan Haziq nampak sasa sikit, work out kat gym eh?

AF

Farhan yang kini telah buka bisnesnya sendiri.

AF

Lama betul tak jumpa Khai, kemanakah kamu menghilang?

AF

Wah Rosma, maintain je lepas kahwin ni.

AF

Atie pula rasanya berisi sikit.

AF

Azza, masih cantik meletop lagi.

AF

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ummi Nazeera di Prebiu Hikayat Merong Mahawangsa

Gambar Anuar Zain di Prebiu Media Hikayat Merong Mahawangsa