in , ,

Wah! Ada Jemputan Ke Bloggers United Malaysia Gathering 2007

Bloggers United Malaysia Gathering 2007 bakal berlangsung minggu hadapan (19 Mei) bertujuan bagi memantapkan lagi perpaduan dan kesatuan antara penulis blog seluruh Malaysia.

Penceramah terdiri daripada Jeff Ooi, Marina Mahathir, Tony Pua, Tian Chua dan R. Nadeswaran (of Citizen Nades fame) and Sonia Randhawa (Pengarah Ekskutif Wartawan Bebas (CIJ) Malaysia), dan Ahirudin Attan (Rocky).

Mereka akan membahaskan tentang satu topik yang begitu sensasi tatkala ini, iaitu “Pengaruh Media di bawah pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi lebih terbuka dan liberal berbanding dengan pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Setiap ahli panel akan mengemukakan pendapat masing-masing samada mereka bersetuju atau tidak dengan tajuk tersebut berdasarkan kenyataan di atas.

Tarikh: 19th May 2007
Masa: 6.00pm – 11.00 pm.
Tempat:
The Lake View Club
Lot 3606, SS12/1, Subang Jaya
47500 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Tel: +603 3733-8342
Bayaran: RM30

More details at [B.U.M. 2007]

Budiey: Maaf, Sensasi Selebriti tidak dapat menghantar wakil kerana pada hari yang sama, Sensasi Selebriti juga ada menganjurkan Readers ToGether-Gather kali ke-2 sambil menonton filem Sumolah di TGV KLCC. Malam itu juga akan berlangsung Konsert Akhir Akademi Fantasia 5 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Kelab Peminat Shawal FC

Gais! Masuk Percuma! Ini Jemputan Majlis Penghargaan Penyokong AIZAT