in , , ,

Sekitar Pelancaran Roket! Destinasi: Bintang Akim Aril Hafiz

MENUJU KEGEMILANGAN DUNIA SENI!

Pelancaran Roket! Destinasi : Bintang

Misi: Bintang

Tarikh Pelepasan: 31 januari 2010

Waktu Pelepasan: 20:30

Landasan Pelepasan: Borneo Rainforest @ Sunway

Kira Detik: Tidak kurang 480 jam

Ten on Ten Pictures, syarikat produksi TV yang pernah melahirkan program – program popular seperti Spanar Jaya, siri melancong The Best of Malaysia, siri konsert Fiesta 7, dan telemovie Rombongan Che Kiah dan Peristiwa di Rumah Tok Su, kali ini mempersembahkan Roket! Destinasi : Bintang, sebuah program realiti TV yang akan disiarkan melalui Astro Ria bermula 22 Januari 2010.

Program tujuh episod ini yang akan dikenali sebagai program realiti TV “pembikinan konsert” (making the concert) yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia akan disiarkan pada setiap Jumaat pukul 9:30 malam.

Roket! akan memaparkan perjalanan karier seni tiga juara Akademi Fantasia musim ketujuh – Hafiz, Aril dan Akim, serta keterujaan dan pahit manis dunia hiburan.

Episod pertama hingga keenam akan membawa penonton kepada suasana semasa proses latihan dan persiapan yang dilalui oleh ketiga-tiga artis berkenaan untuk menjayakan konsert yang julung kali diadakan.

Bukan itu sahaja, tetapi program ini akan memaparkan perjalanan mereka dalam dunia seni yang sebenarnya di Malaysia. Para penonton juga akan berpeluang untuk lebih mengenali ketiga-tiga artis tersebut serta merasai detik-detik yang penuh emosi yang dilalui oleh mereka.

Tontonilah saat-saat kegembiraan dan kekecewaan yang mereka alami dalam usaha mereka untuk menjadi ikon-ikon seni hiburan di tanah air. Dalam dunia hiburan yang penuh dengan persaigan, para artis tiada lagi masa untuk berleka. Roket! Destinasi: Bintang akan mengajar dan menggalakkan Hafiz, Aril dan Akim untuk menjadi artis yang dapat menyumbang dan membentuk masa depan mereka sendiri.

Peminat-peminat juga akan menyelami perasaan mereka bertiga disebalik tabir dunia hiburan yang penuh dengan glamor dan cabaran.

Tiara Jacquelina (Penerbit Terbaik Asian 1st Films Festival 2005 & Pelakon Wanita Terbaik Asia Pacific 2005), Stephen Rahman-Hughes (pelakon utama musikal West End Bombay Dreams dan lebih dikenali sebagai Hang Tuah dalam Puteri Gunung Ledang the Musical), Pat Ibrahim (koreografer terkenal) dan Juliza Adzlizan (artis rakaman dan guru vokal terkenal) akan turut terlibat sebagai tenaga pengajar yang akan mendidik dan membimbing ketiga-tiga mereka dalam pelbagai teknik persembahan di konsert tersebut untuk memberi kepuasan kepada para peminat.

Persembahan konsert eksklusif yang diberi nama Roket! ini akan diadakan pada 31 Januari 2010 bertempat di Borneo Rainforest @ Sunway. Konsert 90 minit ini akan dipenuhi dengan nyanyian, tarian dan pertunjukan fesyen dengan menggunakan pentas yang disediakan khas di atas kolam air Borneo Rainforest dengan latar belakang suasana air terjun yang indah.

Konsep pementasan yang unik ini akan dihiasi dengan penyediaan satu pentas khas di mana model-model akan berjalan (catwalk) sambil mempamerkan pelbagai aneka fesyen masakini.

Pementasan konsert tersebut bertempat di Borneo Rainforest adalah merupakan yang pertama kali pernah diadakan dan ia pasti akan menjanjikan suatu persembahan yang menarik dan tidak mudah dilupakan.

Bagi menjayakan konsert Roket!, ketiga-tiga artis – Hafiz, Aril dan Akim, akan diiringi oleh kumpulan pemuzik terkemuka tanahair yang diketuai oleh Lee Sze Wan, yang terkenal dengan karyanya bersama pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical dan P. Ramlee the Musical yang diterbitkan oleh Enfiniti Productions, serta peragaan fesyen oleh Ervan Design, jenama terbaru yang merupakan sister brand Bon Zainal, dan Materiel.

Roket! akan menampilkan lagu-lagu hit Hafiz, Aril dan Akim seperti Masih Jelas, Menatap Matamu, Bengang, termasuk beberapa lagu Inggeris yang akan dipersembahkan secara berkumpulan.

“Ramai yang anggap cara hidup artis penuh dengan glamor. Mereka tidak menyedari bahawa setiap artis perlu bekerja keras dengan penuh dedikasi dan disiplin untuk berjaya dan terus kekal di hati para peminat.

Program realiti TV ini akan memaparkan personaliti ketiga-tiga artis berkenaan semasa menyediakan konsert yang pasti akan menaikkan imej mereka dalam dunia seni hiburan tanah air, di samping itu ia diharap memberi pendedahan tentang kehidupan dunia selebriti yang sebenar kepada para penonton di negara ini. Bengkel-bengkel yang diadakan akan membimbing mereka bertiga untuk menjadi artis-artis yang berfikir dan serba-boleh.” menurut Tiara Jacquelina.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, ”Kami amat berbangga dengan pencapaian bintang muda berbakat besar iaitu Hafiz, Aril dan Akim yang telah dicungkil daripada program realiti Akademi Fantasia Musim Ketujuh yang lalu. Kami percaya dengan kebolehan mereka dan yakin program Roket! Destinasi : Bintang ini mampu menarik perhatian ramai sekaligus mengumpulkan jumlah penonton yang tinggi dan tersendiri kelak.

Astro juga akan sentiasa menyokong industri seni tempatan melalui platform yang telah kami sediakan untuk memberi inspirasi dan ruang kepada mereka yang berbakat untuk terus berkarya secara kreatif.”

Tiket berharga RM38 termasuk minuman, boleh ditempah melalui 03 7958 7877 atau [email protected]

Senarai Ahli Produksi :

Konsep: Chedd Yusoff

Arahan: Abu Marhalim Salleh

Penerbit: Nora Lim

Penerbit Eksekutif: Tiara Jacquelina

Penerbit Eksekutif Astro: Ben Nambiar

6 Comments

Leave a Reply
  1. diorang ni x abis2, da kuar AF 2 sudah r!!!!! i berani bet, diorang ni hangat2 taik ayam je….. tp kalo taik ayam basuh boleh hilang….

  2. KALAKOR LA SI MILA NIH…NTAH LA, SUMERNYA CAM TAK BEST JER..LATELY NI BYK SGT ARTIS REALITI YG LAHIR..JEMU TUL..BUKANNYA BERBAKAT SGT PUN..MANA DIA JUARA AF1, AF2, AF3, AF4, MAWI PUN DAH SURAM..TU BELUM LAGIK RANCANGAN REALITI YG LAIN..ARTIS REALITI DAH BERLAMBAK MCM JUALAN NAK HABISKAN STOK LAMA YG TAK HABIS2 DIJUAL…NASIB, NASIBBBB

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?

Style Sporty IZ OIAM di Anugerah Juara Lagu 24