in ,

DJ Baru Suria FM Linda Onn Dibayar Dua Kali Ganda?

Rata-rata mengatakan kehadiran Linda Onn di konti Suria FM akan memantapkan lagi jentera stesen radio. Rasanya mungkin ada benarnya kerana Linda Onn adalah antara 5 orang DJ terbaik di Malaysia dan mampu menarik ramai pengikut setianya untuk terus menukar siaran ke Suria FM. Sekaligus ini dapat menaikkan rating radio.

Ternyata ini benar, kerana setelah mengumumkan Halim Othman dan Linda Onn sebagai penyampai baru, sebanyak 15% SMS yang dihantar pendengar meningkat. Budiey rasa ini satu permulaan yang baik.

Satu langkah drastik yang sangat berkesan dibuat oleh Suria FM. Pastinya akan memantapkan lagi barisan penyampai Suria FM yang sedia ada. Kalau tidak mengambil penyampai popular, mungkin Suria FM berada di tahap yang lama. Itu kata Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah.

Dengarnya, ramai juga artis dan selebriti yang memohon untuk bertugas di Suria FM, namun Suria FM tidak mahu mengambil risiko kerana mereka tentu banyak komitmen lain sebagai artis.

Soalnya, berapa RM Linda dan Halim Othman dibayar. Dengarnya, ada yang kata 2 kali ganda. Wow! Banyak tu! Tapi itu kata orangla. Apa-apa pun, Suria FM bayar dengan harga berpatutan ikut pengalaman, populariti dan komitmen. Lagi pun, dengar-dengarnya, Linda Onn dah tak selesa kerja Radio Sinar. Korang tahu la kan sebab apa Linda Onn tak selesa kerja kat situ.

Kepada peminat Linda Onn, korang boleh mendengar segmen Suria Drive jam 4 petang mulai 18 Januari ini.

Tahniah Linda Onn!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samantha Who Musim Kedua di NTV7

Sekitar Pelancaran Roket! Destinasi: Bintang Akim Aril Hafiz