in , , , ,

Sekitar Majlis Prebiu Filem V3 Samseng Jalanan

Hari ini, jadual Budiey penuh. Dari pagi, petang dan malam, ada dalam 4 event yang perlu dihadiri. Di sebelah pagi tadi, nasib baik ada dua majlis kebetulan diadakan di tempat yang sama.

Majlis Prebiu Filem V3 Samseng Jalanan telah diadakan pada jam 10 pagi tadi di Cathay Cineplex, Mutiara Damansara. Kebetulan pada jam 11 pagi pula, TV3 juga mengadakan sidang media drama Hotel Mania di tempat yang sama. Nasib baik lah kan?

Selepas mencipta kejayaan gemilang dengan kutipan sebanyak 7.8 juta setakat ini dengan filem Adnan Sempit, Metrowealth (MIG) akan tampil dengan filem ke-34 berjudul V3: Samseng Jalanan. Tahniah kepada David Teo atas kejayaan Adnan Sempit.

Sebenarnya, Budiey sendiri belum menonton filem Adnan Sempit. Ramai yang mengatakan filem ni dari mula sampai akhir memang kelakar tak ingat. Jadi, sekarang, kalau nak tengok pun, kenalah pergi ke GSC Alamanda. Tapi tak tahu lagi bila nak pergi. Sekarang ni, memang busy memanjang. Tak pun, tunggu ajelah DVD muncul di pasaran.

Berbeza dengan REMP-IT yang dihasilkan pada tahun 2006, V3: Samseng Jalanan menampilkan sebuah filem dengan mengetengahkan mood lebih advance sesuai dengan perbezaan beberapa tahun ini.

V3: Samseng Jalanan diarahkan oleh pengarah baru dalam Skim 10 Pengarah Muda yang diperkenalkan MIG iaitu Farid Kamil. Untuk filem arahan pertama ini, ramai pemerhati melihat cubaan pertama yang memang menjadi. Cuma sudah tentu ada beberapa kelemahan yang mungkin berlaku kerana Farid Kamil terpaksa mengarah sekaligus dalam pada masa yang sama beliau berlakon.

Untuk menyudahkan filem serius yang melibatkan perlumbaan motor di jalan raya dilihat menjadi cabaran bagi Farid Kamil. Namun, keyakinan penerbit meletakkan tanggungjawab berat ini kepada Farid Kamil setelah melihat beliau sudah bersedia melakukannya. Kecenderungan Farid Kamil terhadap konsep aksi-samseng-gaduh-elemen rempit sebegini dianggap mampu memberi satu kelainan terhadap ‘look’ filem ini.

Yang nyata, filem ini adalah filem terakhir yang menggunakan perlumbaan haram atau mat rempit. Kerana selepas ini, tiada lagi filem rempit yang akan diluluskan.

Filem ini menelan kos sebanyak RM1.8 juta termasuk promosi. Lokasi pengambaran dibuat sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang. Bagi melengkapkan kepuasan para penonton, V3: Samseng Jalanan dilengkapi sistem bunyi Dolby Digital Surround EX.

Antara pelakon yang turut menjayakan filem ini Bront Palarae sebagai Brett, Farid Kamil sebagai Rudy, Aqasha sebagai Garing, Radhi OAG sebagai Lan Ribut, Intan Ladyana sebagai Lisa, Shahruddin Thamby sebagai Ramlee, Wan Nor Azlin sebagai Rosnah, Adam Corrie sebagai Sam Seng dan Lisa Surihani sebagai Kamsah. Selain itu ada Diana Amir sebagai Noni, Hafiz Nafiah sebagai Shah, Kamarul Hj Yusof sebagai Wan Blost, Norlia Ghani sebagai Nenek dan Shah Kassim sebagai Yeop.

Filem ini cuba menyelam dunia remaja kini yang terjebak dengan gejala negatif seperti lumba haram. Dikhuatiri jika tidak dibendung secara serius ia akan memusnahkan golongan pelapis yang akan menerajui negara satu hari nanti. Disampaikan menerusi genre aksi dilihat lebih mudah diterima oleh golongan sebegini.

Filem V3: Samseng Jalanan akan mengegarkan pawagam seluruh negara bermula 11 Mac ini dan diharapkan mampu mengulangi kejayaan Remp-it dan Adnan Sempit.

Untuk info pembaca, filem lain yang akan menemui penonton ialah Semerah Cinta Stilletto (arahan Ahmad Idham) pada 8 April, Zoo (arahan Azhari Zain) pada 17 Jun, Mantra (Azhari Zain), Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (Ahmad Idham), Senario Asam Garam (arahan Hatta Azad Khan), Aku Masih Dara serta Cuti-Cuti Cinta (Ahmad Idham) dan Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim. Manakala Damping Malam arahan Ahmad Idham kini sedang rancak menjalani pengambaran di sekitar Lembah Kelang.

Sebagai pengarah filem ini, Farid Kamil telah diberi peluang untuk berucap.

Juga semestinya, David Teo yang begitu teruja dengan filem-filem yang bakal keluar.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Naper aku nengok muka ngan leher Diana Amir putih cam tepung gomak sdgkan kat bahagian dada ngan tangan dia gelap jek! Cess….

  2. Hye..sy br tgk v3 smlm..puas hti sgt2 dpt tgk..v3 mmg best.spark 2 abg farid kamil!wlaupun filem ni byk d cut,tp jln cerita ttp interesting..syabas abg farid!..cuma 1 je,jln crita tlalu pendek,just 1hour n 20min..rs mcm skejap je tgk v3..tp xpe..ape2 p0n sy kasi 5bintang..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Raja Azura & Sharifah Shaheera Hos ABP 2009

Program Menarik Sempena Maulidur Rasul 2010