in , ,

Raja Azura & Sharifah Shahirah Hos ABP 2009

Tahniah kepada bekas pengacara Gedik Santai, Raja Azura & Sharifah Shahira kerana telah mendapat ‘job’ untuk menjadi hos Anugerah Bintang Popular 2009 yang diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 4 April 2010.

Selain barisan ramai selebriti yang akan memijak kaki di karpet merah, ABP tahun ini juga akan memberikan keceriaan dan kelainan kepada tetamu yang hadir dengan tema CETUSAN WARNA. Jadi, kalau korang yang nak hadir di ABP ni, kenalah pakai baju berwarna warni. Paling senang sangat untuk ikut tema pada tahun ini. Tak pun, pakailah yang terang-terang.

Turut diadakan Anugerah Pereka Fesyen Popular ABPBH2009 untuk selebriti lelaki dan wanita. Tujuannya tak lain dan tak bukan, untuk memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen tempatan dan pemenang ditentukan melalui undian SMS yang diterima daripada pembaca Berita Harian yang berdaftar sebagai [email protected] Pereka dan artis berpeluang untuk memenangi trofi dan barang kemas Habib bernilai RM10,000 setiap seorang.

Pada jam 3 petang tadi, penganjur telah mengumumkan senarai selebriti popular yang akan menyampaikan trofi kepada pemenang 16 kategori yang dipertandingkan dan selebriti yang akan membuat persembahan pentas di malam anugerah.

Antara selebriti yang sempat di’tembak’ Budiey tadi ialah… jeng jeng jeng…

4384158353 3037A23769 O | 4

Pengantin baru Zila & Along Raja Lawak

4384158623 8989100073 O | 5

Dafi

4384921052 A9967Df5Fa O | 6

okay, Dafi lagi… yea, nanti jumpa lagi Dafi pagi esok di Hotel Mania.

4384158897 883F2Fd349 O | 7

Lisa Surihani pun suka merah

4384921490 60Ea319085 O | 8

Hos ABP 2009 bersama kawan baiknya, Nor Albaniah.

4384921630 2F04058Ca1 O | 9

Yea, She’s BACK!

4384921800 689B054F08 O | 10

Oooo… Ikhwan.

4384922012 6Ab6F31331 O | 11

One Nation Emcees yang akan melancarkan album terbaru mereka pada 3 Mac

4384159773 D8E3177C96 O | 12

Yea, mengapa BAH kau beruBAH? STACYYYYYY!!!!

4384922298 E80Fb6Fb8B O | 13

JACLYN Victor

4384922440 379A3C4963 O | 14

Budiey minat giler dengan WINGS ni… album Belenggu Irama masih dalam simpanan!

4384160191 D07De8C3Dd O | 15

Liyana Jasmay dan Scha Alyahya serba merah merona dan menyala.

4384922710 358C7F62E9 O | 16

Alyah… ! Unik & Stailo!

4384160493 C8Bdf2E1C6 O | 17

Putri Mardiana, dengarnya ‘Santau’ nya tak menjadi?

4384923004 B2Ff658B9A O | 18

Scha Alyahya… I love it!…..  I mean rantai kat leher dia. Sinarnya bercahaya!

4384160749 Ba6E35E757 O | 19

Nur Khiriah… lamanya tak jumpa awak ek? Lama sangat! Anak / baby sihat?

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CETUSAN WARNA Tema Anugerah Bintang Popular 2009

Sekitar Majlis Prebiu Filem V3 Samseng Jalanan