in ,

Sekitar Konsert Gadis Semasa Sunsilk

Melda menghiburkan Kuala Lumpur dan memburu impian beliau di atas pentas!

Sunsilk memenuhi impian Melda dan memberi inspirasi kepada wanita muda untuk menikmati kehidupan mereka dengan semangat membara.

Kuala Lumpur – Selepas satu perjalanan menarik yang penuh emosi, keputusan dan pembelajaran bernilai, Melda Ahmad kini sudah sampai ke perjalanan akhir sebagai Gadis Semasa Sunsilk di pentas, memberikan persembahan kepada ribuan peminat beliau. Bukti nyata kepada tunjukajar berharga yang beliau terima daripada Sunsilk dan tiga pakar industry, Melda dengan penuh keyakinan menyambut cabaran mengadakan sebuah konsert dan memberikan persembahan bersama artis-artis terkenal lain seperti Ella, Yuna, Hujan dan One Nation Emcees.

Pic 2

“Perjalanan sebagai Gadis Semasa Sunsilk tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bagaimanapun, pengalaman dan pembelajaran yang diterima telah memupuk dan menghidupkan keberanian dalam diri saya untuk hidup dan mengekspresikan diri dengan yakin sambil menaikkan semangat saya untuk muzik. Ini akan sentiasa menjadi detik penuh kegemilangan dan saat paling berharga dalam hidup saya dan saya amat terhutang budi kepada Sunsilk untuk semua ini,” jelas Melda Ahmad.

Acara kemuncak unggul buat perjalanan penuh inspirasi di mana seorang gadis pemalu dan pendiam bertukar menjadi seorang individu yang penuh keyakinan dan keanggunan, melalui pengajaran dan bimbingan pakar-pakar Sunsilk, kini telah mencapai impiannya dan menjadi inspirasi kepada semua. Para peminat yang telah mengikut kisah menyentuh hati beliau di televisyen telah diberi peluang berjumpa dengan Melda secara peribadi, dan dihiburkan dengan dua buah lagu yang telah melonjakkan beliau ke dalam radar Sunsilk serta ‘single’ terbaru beliau berjudul Aku Adalah Aku. Melda Ahmad juga telah berduet dengan idola muzik beliau, Yuna dan Ella sebagai sebahagian daripada persembahan beliau.

“Sunsilk amat berbangga dengan transformasi Melda dan individu yang terbentuk setelah melalui perjalanan Gadis Semasa Sunsilk. Kami memang berniat untuk menaikkan dan membimbing Melda menjadi seorang individu yang tidak teragak-agak untuk memburu impian beliau dengan penuh keyakinan dan kecantikan. Ia adalah misi Sunsilk untuk mendidik dan membangunkan wanita Malaysia muda dengan kegembiraan, kebebasan dan jaminan diri untuk mengejar semangat mereka, dengan bantuan pakar-pakar. Dan Melda baru sahaja membuktikan yang ia dapat dicapai dan memberi inspirasi kepada semua wanita di Malaysia,” kata Emily Chong, Pengurus Jenama (Sunsilk), Malaysia, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.

Pic 13

Falsafah asas Sunsilk adalah bahawa aksesibiliti kepada pakar dapat membantu kaum wanita tampil menawan serta berkeyakinan untuk hidup dengan penuh bersemangat. Kolaborasinya dengan tujuh daripada pakar rambut terkemuka bagi menghasilkan Sunsilk Co-Creations membolehkan para wanita menghasilkan rambut cantik di rumah dan hidup dengan penuh gaya, kecantikan dan keyakinan. Konsep ini ditransfus dalam Gadis Semasa Sunsilk di mana interaksi Melda dengan tiga pakar tempatan telah menyerlahkan nilai komersial beliau, sekaligus memperkasakan beliau untuk mempelbagaikan gaya muzik beliau.

“Bukan mengejar glamor tetapi didorong semangat ingin berkongsi muzik beliau, segala usaha gigih dan ketekunan Melda melalui bimbingan pakar-pakar yang telah berkolaborasi bersama Sunsilk telah membuka peluang untuk berkongsi kisah beliau melalui persembahan konsert yang menarik. Kami berpendapat bahawa konsert adalah cara baik untuk meraikan kemuncak perjalanan beliau kerana Melda amat meminati muzik dan Sunsilk percaya bahawa setiap wanita seharusnya dibenarkan memburu impian masing-masing, jadi cara terbaik untuk mengakhiri perjalanan beliau adalah dengan satu persembahan unggul,” tambah Chong.

Turut bersama meraikan saat indah ini bersama Melda, artis seperti Ella dan Yuna juga amat teruja untuk acara kemuncak ini. Selaku artis yang telah dikenali ramai, mereka memahami kesukaran dan cabaran yang boleh menghalang seseorang daripada mengejar impian mereka dan kedua-dua wanita berbakat ini sedia menjadi sebahagian daripada perjalanan Melda ke arah mencapai potensi penuh dan menikmati detik paling indah dalam hidup beliau.

Kini tiba saatnya Melda Ahmad memainkan peranan beliau sebagai Gadis Semasa Sunsilk. Berbekalkan pengalaman menarik untuk dikongsi, Melda kini akan menjadi pemangkin kepada kaum wanita di Malaysia untuk mengekspresikan diri mereka dengan yakin dan inspirasi kepada mereka untuk mengejar kehidupan yang sempurna. Konsert ini pasti menjadi gabungan minat sejati, persembahan bertenaga dan kemahiran persembahan yang unggul daripada Melda dan semua artis yang terlibat.

Memaparkan konflik dalaman, cinta, cabaran persahabatan, perkembangan peribadi dan perubahan hidup Melda, audien di seluruh negara telah terpukau oleh Gadis Semasa Sunsilk sejak 11 Januari 2011. Bagi mereka yang terlepas menyaksikan episode lalu dan ingin menyaksikan perjalanan beliau, sila layari www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk untuk menyaksikan episod yang terlepas dan mendapatkan maklumat serta acara terkini Gadis Semasa Sunsilk.

Sinopsis Gadis Semasa Sunsilk
Gadis Semasa Sunsilk, sebuah siri drama realiti, mengisahkan kehidupan seorang pelajar muzik dengan bakat terpendam dalam bidang penulisan lagu. Malu tetapi berbakat, beliau mengekspresikan bakat beliau dengan memuat naik lagu gubahan sendiri ke laman sosial di internet tanpa menunjukkan diri beliau. Beliau tidak pernah terfikir untuk merealisasikan impian beliau di atas pentas.

Sebuah jenama yang sinonim dengan kesempurnaan melalui sentuhan pakar, Sunsilk pakar penjagaan rambut berganding bahu dengan jurulatih vokal tempatan terkenal, Ajai; personaliti TV popular, Wardina; dan pendandan pakar, Bambang Soteto, bagi menawarkan aksesibiliti kepada pakar, pengalaman luas dan bimbingan untuk memberikan Melda suntikan keyakinan dan membantunya merealisasikan impian beliau. Sunsilk percaya bahawa dengan akses kepada bimbingan pakar, semua wanita seperti Melda akan memiliki kecantikan, keyakinan dan impian mereka.

Gadis Semasa Sunsilk akan merakamkan seluruh pengalaman Melda daripada ikatan persahabatan dan cinta, saat ceria dan sedih, tawa dan tangisan serta kejutan sepanjang perjalanan ini dalam 13 episod.

Pic 1

Rangkaian Co-Creations Sunsilk
Semua orang berhak memiliki rambut cantik. Sunsilk percaya bahawa rahsia rambut cantik tidak harus dihadkan kepada lawatan ke salon dan telah bekerjasama dengan pakar rambut antarabangsa terkemuka untuk menghasilkan rumusan bertaraf dunia buat semua orang yang ingin mengekalkan mahkota keanggunan mereka.

Salah satu daripada jenama penjagaan rambut paling lama dan terbesar di dunia, Sunsilk telah buat kali pertamanya dalam industri penjagaan rambut, membentuk kolaborasi jangka panjang dengan tujuh daripada pakar rambut terkemuka di dunia untuk menghasilkan bersama rumusan khas buat semua jenis rambut, setiap seorang menghasilkan penyelesaian unik untuk jenis rambut tertentu. Sunsilk membawa kepada jutaan suatu perkara yang dulunya hanya boleh diperolehi di salon elit – kepakaran produk bertaraf dunia kepada setiap wanita di seluruh dunia, agar mereka boleh memiliki “pakar dalam botol” mereka sendiri bagi memiliki rambut cantik di rumah.

Rangkaian produk Sunsilk Co-Creation bertujuan memberikan jutaan pengguna sentuhan pakar dalam penjagaan rambut, memberikan wanita moden keanggunan, kecantikan dan keyakinan yang mereka perlukan.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sekitar Ekspresi Remaja Anjuran TV9

IZ OIAM, Liyana Jasmay & Pierre Andre dalam CINTA AKHIR