in , , ,

IZ OIAM, Liyana Jasmay & Pierre Andre dalam CINTA AKHIR

Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, sebuah filem pendek telah siap dilakonkan oleh pelakon Piere Andre, Liyana Jasmay dengan penampilan istimewa dari IZ OIAM. Semasa pengambaran filem ni hari tu, Budiey tak sempat nak singgah. Sebelum tu, pihak produksi dah jemput Budiey siang-siang untuk melihat sendiri di sebalik tabir pengambaran. Tapi nak buat macamana, memang takde kesempatan nak singgah. Busy memanjang.

Tapi tak mengapa, Budiey tulis sedikit pasal filem ni pun dah cukup okay la kan. Tanda kita sokong dengan kempen hari bebas merokok.

Asap.my

Budiey difahamkan, filem pendek yang berdurasi 10 minit ini diberi judul CINTA AKHIR, dibuat khas untuk mendidik golongan muda mudi dan belia kita supaya menjauhi tabat merokok yang kita semua sedia maklum memberi mudarat kepada kesihatan. Filem sempena Kempen Anti-Merokok (ASAP) ini diarahkan oleh Aron Koh dengan mendapat sokongan Dana Belia 1Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan.

Pengambaran filem pendek ini hanya dihasilkan dalam masa dua hari. Antara lokasinya ialah di Cafe Friendscino (dulunya Friendster Cafe), Damansara Perdana dan Ampang.

Apa yang menariknya, dalam filem yang ditulis skrip oleh Woo Ming Jin ini, kita dapat tengok dalam poster kat atas ni, Liyana Jasmay memegang potong rokok dan sudah tentulah Liyana Jasmay turut hisap rokok dalam short film ni kan. Tapi jangan ingat itu betul-betul pulak. Sebenarnya, ia hanya lakonan Liyana Jasmay semata-mata. In fact, Liyana tak pernah pun smoking rasanya.

Cinta Akhir mengisahkan Bob (lakonan Pierre Andre) yang menjual telefon bimbit yang dicuri untuk menyara hidup. Secara kebetulan, Bob bertemu dengan Lisa (lakonan Liyana Jasmay) yang suka merokok. Maka kat situ wujudlah rasa cinta antara mereka. Dalam masa yang sama, wujud satu watak AJ lakonan IZ OIAM yang suka kat Liyana Jasmay ni. Liyana pula tak sedar yang AJ ni suka kat dia. Ni kira macam dah cinta tiga segi la ni. Kemudian, satu masa, Lisa menghilang diri. Hilang ke mana? Itu korang kena nantikan ya.

Trailer FIlem Pendek Cinta Akhir

Bagi IZ OIAM, beliau sangat teruja dengan pembikinan filem pendek ini sebabnya selain dapat menimba pengalaman dalam bidang lakonan, IZ juga dapat mencapai impiannya untuk melancarkan single terbaru berjudul Cinta Akhir serentak dengan pelancaran filem pendek ini. Lagu Cinta Akhir berentak balada yang pertama dihasilkan untuk album terbaru IZ. Untuk info lanjut, sila layari: www.facebook.com/IZsulaini

Untuk info, IZ dilantik jadi Goodwill Ambassador untuk Asap untuk tahun 2010 dan ramai yang sedia maklum IZ mengamalkan budaya sihat tanpa merokok.

Pierre Andre pula mengakui bahawa dia menerima tawaran untuk berlakon adalah sebab Pierre senang bekerja dengan Ming Jin. Ya bukan sekadar nak berlakon sambil berkempen tapi kerana aura yang ada pada pengarah ini yang pernah berkaloborasi untuk menghasilkan filem Seru sebelum ini. Kalau nak tahu, Pierre mahu menghasilkan 5 buah filem untuk tahun dan 3 darinya, dilakonkan dan diarah sendiri oleh beliau. Dahsyatkan? Sangat produktif!

Untuk menjadikan filem ini lebih jadi ‘syiok’ ditonton, maka produksi menambah perisa dengan mengambil IZ OIAM yang turut menyanyi sebuah lagu tema yang berjudul Cinta Akhir. Lagu ini ditulis sendiri oleh IZ yang melakonkan watak sebagai AJ, seorang remaja yang anti merokok tapi terjatuh cinta dengan Liyana yang menjadi perokok tegar.

Pada 31 Mei ini, Budiey turut dijemput hadir di Pelancaran Rasmi Kempen ASAP.my (ASAP’s Smoke-Free Lifestyle Campaign) dan Premiere Cinta Akhir oleh Y.B Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia di GSC Mid Valley.

Kepada pembaca yang mahu jemputan, sila sertai peraduan di SINI.

Untuk info lanjut, sila lawat www.asap.my

atau

follow mereka di www.twitter.com/AsapMy.

Berikut kat bawah ni, antara gambar-gambar behind the scene sepanjang 2 hari pengambaran.

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

IZ Liyana Jasmay Piere Andre

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Konsert Gadis Semasa Sunsilk

Sekitar Karnival Ulangtahun TV9 Nasi Lemak Kopi O