in , , ,

[GAMBAR] Persembahan Luar Biasa di Konsert Hujan X Masdo

Saatnya kini tiba untuk konsert Hujan X Masdo berlangsung. Konsert yang buat pertama kali menggabungkan kedua-dua kumpulan ini bakal berlangsung pada hari Sabtu, 6 Oktober 2018 bertempat di Pintu 2, MAEPS Serdang jam 8.30 malam.

Seperti yang diketahui, ini juga merupakan kolaborasi pertama serta konsert berskala besar buat kedua-dua kumpulan. Ia bakal menampilkan persembahan hampir 30 lagu dalam masa dua jam dan hampir keemua lagu diselia dan dipantau oleh AG Coco yang juga pengarah muzik konsert ini.

HUJAN X MASDO

Di antara segmen-segmen khas yang bakal dipaparkan adalah persembahan ‘mash-up’, ‘battle of the bands’ Hujan vs Masdo, set Disko dan juga ‘strip down’. Tidak ketinggalan juga adalah persembahan lagu-lagu popular Hujan dan Masdo. Terdapat juga segmen tribut yang ditujukan khas buat dua kumpulan yang sama-sama berjuang di peringkat awal pembabitan mereka dalam dunia muzik ‘indie’ iaitu Laila’s Lounge & Komplot.

HUJAN X MASDO

Laila’s Lounge diberi segmen tribut kerana di awal era muzik indie, lagu-lagu dari kumpulan ini menjadi lagu wajib buat penggerak muzik indie di sekitar awal tahun 2000 manakala Komplot pula merupakan antara kumpulan yang aktif dalam pergerakan muzik indie ketika itu. Tribut ini juga adalah untuk memberi penghormatan kepada vokalis Komplot yang sudah meninggal dunia iaitu Allahyarham Azrafe Zaky.

HUJAN X MASDO

Sehingga kini 3000 tiket telah terjual merangkumi tiga zon iaitu Rock Zone pada harga RM150, Zon 1 pada harga RM100 dan Zon 2 pada harga RM50. Peminat yang dijangka datang bukan sahaja dari Lembah Kelang, malah ada peminat dari serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta peminat-peminat dari Singapura.

“Saya sangat teruja apabila mendapat tahu bahawa terdapat ramai peminat Hujan atau Raingers yang sama-sama membesar dengan kami dari seluruh Malaysia membeli tiket dan sanggup turun ke MAEPS, Serdang untuk menyaksikan konsert Hujan X Masdo ini. Apa yang kami dapat janjikan adalah untuk menghargai semua Raingers yang datang dengan satu persembahan yang luar biasa. Terima kasih semua! Terima kasih juga kepada penganjur D Grand Stage Event kerana memberi kepercayaan kepada Hujan dan juga Masdo serta Gbam Production dan CST Production selaku penerbit bersama kerana menjadikan konsert terbesar kami ini satu kenyataan,” ujar Noh selaku vokalis kumpulan Hujan.

Wakil kumpulan Masdo, Ali juga turut meluahkan rasa terujanya tetang konsert ini.

HUJAN X MASDO

“Untuk berkongsi pentas bersama band idola kami Hujan sudah wow! Apatah lagi pentas konsert yang sangat besar seperti ini. Sesunggunhnya kami Kugiran Masdo agak gementar. Tapi, kami berlatih hampir dua minggu untuk menjanjikan satu persembahan yang memukau. Terima kasih kepada Geng Pak Maon dan Geng Bentara Guru iaitu para peminat Kugiran Masdo yang telah membeli tiket untuk menyaksikan persembahan kami,” kata Ali bagi pihak Kugiran Masdo.

Turut berkongsi keterujaan adalah AG Coco selaku pengarah muzik.

“Konsert ni memang lain. Kebanyakan gimik persembahan yang kami buat perlukan latihan yang mengambil banyak masa. Dan untuk persembahan mash-up dan ‘battle’ kami sudah sediakan dua set dram, empat buah gitar, serta dua bass. Jadi ia agak mencabar untuk susunan muzik yang ingin kami persembahkan tu.. Insyaa Allah, kami harap para peminat Hujan dan Masdo akan berpuas hati dengan muzik kami pada malam konsert itu nanti,” tambah AG selaku pengarah muzik untuk malam tersebut.

Penerbitan Konsert HujanXMasdo lahir daripada kerjasama di antara GBAM PRODUCTION SDN BHD & CST PRODUCTION SDN BHD. Dengan kepakaran teknikal GPSB serta kreativiti visual CSTSB, ia dijangka akan menghasilkan satu impak besar terhadap hasil akhir Konsert HujanXMasdo ini.

Ia juga menampilkan pembabitan Fork & Spoon Entertainment dalam memberikan kesan audio visual yang luar biasa.

HUJAN X MASDO

HUJAN X MASDO

HUJAN X MASDO

HUJAN X MASDO

HUJAN X MASDO

HUJAN X MASDO

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GOL & GINCU VOL. 2 Singgah di Universiti-Universiti Tempatan

Lirik Lagu HALIMUNAN dari Masya Masyitah