in ,

Ada Tiga Sebab Kenapa Anda Patut Tonton HUJAN 1 DEKAD

Sedekad perjuangan mereka di persada seni, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatakan penghargaan dan sokongan kepada kumpulan Hujan menerusi slot Lentera Muzika, “Hujan 1 Dekad” yang bakal menemui penonton hujung minggu ini, 24 April 2016, pukul 9.30 malam menerusi TV1.




Dianggotai oleh Noh Salleh, AG Coco, Izzat Uzaini dan Azham Ahmad, kumpulan Hujan dalam tempoh sepuluh tahun nyata terus berdiri utuh dalam memperjuangkan genre muzik alternatif sehingga kini.

poster Hujan

Slot Lentera Muzika : “Hujan 1 Dekad” pada 24 April ini di TV1

[dropcap]B[/dropcap]uktinya kehadiran kelompok besar peminat setia Hujan yang menggelarkan diri mereka “Raingers” ketika sesi rakaman konsert ini yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 19 April lalu menunjukkan kumpulan ini masih berbisa dan tajam taringnya.

Ada Tiga Sebab Kenapa Anda Patut Tonton HUJAN 1 DEKAD

  1. Celoteh bersahaja Noh mencuit hati peminat yang tidak bergerak daripada tempat duduk mereka hingga selesai konsert yang diterbitkan oleh Unit Hiburan TV RTM ini.
  2. Sepanjang dua jam konsert berlangsung, Hujan tampil dengan lagu popular dan juga lagu daripada album mereka yang baharu dilancarkan. Antara lagu yang dinyanyikan “Pagi Yang Gelap”, “Dugaannya”, “Kotak Hati”, “Aku Skandal”, “Bila Aku Sudah Tiada”, “Jika Sempat”, dan banyak lagi. Persembahan mereka dilihat menggamit memori zaman kegemilangan muzik diperjuangkan mereka yang masih mendapat sokongan padu peminat sehingga kini.
  3. Selain kumpulan Hujan, artis jemputan yang turut membuat persembahan seperti Nastia, Masdo, Fynn Jamal dan Sissy Iman yang menyampaikan lagu popular mereka.

penonton yang hadir di Auditorium Perdana Angkasapuri memeriahkan - Hujan 1 Dekad

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

hujan 1 dekad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem EYE IN THE SKY Dari Kaca Mata Budieyators

Empat Sebab Anda Patut Bercuti di Taiwan Dengan Pakej Muslimin