in ,

Hujan Lancar Album Baru Berjudul JIKA SEMPAT

Selari dengan arus perjalanan seni yang berkembang dan berevolusi, kini HUJAN tampil dengan sebuah album baru yang berbeza daripada album mereka sebelum ini. Sebagai sebuah kumpulan pemuzik indie yang paling berpengaruh di Malaysia, HUJAN sentiasa memberi kelainan dalam berkarya. Jika sebelum ini SANG ENEMY merupakan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu berunsur rock yang agak ‘berat’, JIKA SEMPAT secara keseluruhannya mempunyai irama seperti di awal permulaan kumpulan HUJAN.

Populariti HUJAN tidak dapat disangkal lagi dimana terdapat banyak lagu yang menjadi kegilaan para peminat mereka, diantara lagu lagu yang mendapat tempat di hati peminat adalah seperti lagu ‘Bila Aku Sudah Tiada’, ‘Mencari Konklusi’, ‘Muda’, ‘Kotak Hati’, ‘Lonely Soldier Boy’ dan banyak lagi. Selain terkenal sebagai band yang sering menguasai carta radio dengan lagu hit mereka, HUJAN juga terkenal dengan aksi energeticmereka ketika beraksi di atas pentas dengan gaya persembahan yang tersendiri.

Hujan10 002

HUJAN merupakan band yang telah banyak memenangi anugerah ini telah melangkah jauh jika dibandingkan dengan peringkat awal permulaan mereka ditubuhkan. Mereka juga dikenali sebagai salah sebuah band tempatan pertama yang menggunakan laman internet dan media sosial sepenuhnya untuk mempromosikan diri dan lagu-lagu mereka.

Dalam usaha mempromosi album terbaru HUJAN, hasil kerjasama antara HUJAN dan Hotlink untuk memberi para peminat akses kepada album terbaru yang merupakan album studio ke-5 mereka yang berjudul “JIKA SEMPAT” telah dijalankan secara eksklusif melalui Spotify bermula 15 April hingga 14 Mei yang lalu. Dan kini, Warner Music Malaysia dengan berbesar hati melancarkan album terbaru HUJAN yang bertajuk JIKA SEMPAT.

Single terbaru yang sedang dipromosikan bertajuk JIKA SEMPAT yang juga merupakan tajuk bagi album tersebut. Lagu JIKA SEMPAT ini juga telah dilancarkan di seluruh radio Malaysia dan sering menjadi permintaan oleh peminat mereka untuk dimainkan di radio. Muzik yang dihasilkan menerusi lagu JIKA SEMPAT ini mempunyai kelainannya yang tersendiri. Kiranya, sekali dengar, pendengar sudah boleh ‘tangkap’ melodinya.

Minat dan kesungguhan terhadap muzik juga menjadikan Konsert Ulangtahun ke-10 pada tahun lalu sebagai penanda aras, maka terhasillah album studio ke-5 kumpulan HUJAN berjudul JIKA SEMPAT.

Menurut Penerbit album ini, AG Coco, sejak single “Pemicu Gila” yang dilancarkan sempena ulangtahun ke-10 HUJAN tahun lalu, mereka terus merancang material untuk menghasilkan album penuh.

Ini adalah album yang paling cepat dari segi ‘production timeline’ kerana kami hanya menyiapkan rakaman keseluruhan muzik dalam masa seminggu dan vokal dalam masa 3 ke 4 hari.”

Bagi vokalis HUJAN, Noh Salleh yang juga bertanggungjawab sebagai penulis lagu dan lirik bagi kesemua lagu di dalam album ini, mereka menjalani situasi enjoy the moment seperti sebuah pengalaman baru ketika menghasilkan album ini.

Sebagai vokalis, saya mahukan sesuatu yang berkualiti lebih tinggi dari album-album sebelumnya seperti feel yang lebih dalam dan nyanyian yang betul”.

JIKA SEMPAT merupakan album terbaru HUJAN sejak kali terakhir menghasilkan album pada tahun 2012. Ia merupakan album yang sangat dinanti-nanti kan terutama selepas kejayaan konsert ulangtahun #hujan10tahun pada tahun 2015. Kumpulan ini telah berkembang dan matang dari segi muzik mereka. JIKA SEMPAT ibarat mengimbau ke akar rock & roll tetapi dengan elemen dan pengaruh muzik moden serta trend semasa.

Terdapat 12 trek untuk album JIKA SEMPAT, bermula dengan lagu pembukaan Pemicu Gila, diikuti oleh Biarkan Saja, sebuah lagu yang bersahaja liriknya. Karaktor Tentangan adalah sebuah cerita tentang ketidakserasian di dalam sesebuah hubungan, kemudian diikuti dengan Papa Mama, sebuah lagu tentang kasih kedua ibu bapa terhadap anak. Seterusnya lagu, Jika Sempat diikuti dengan Jangan Lupakan Aku, sebuah lagu yang mengimbau kembali zaman muda remaja. Trek ke 7 pula adalah Sendiri diikuti dengan Kamar Sepi dan kemudian Miri, sebuah lagu yang secara tidak langsung mengisahkan keindahan yang menggamit perasaan penulis terhadap kampung halaman. Aku Janji pula sebuah lagu yang berentakan tempo yang perlahan dan muzik yang ‘mellow’ dan diikuti dengan lagu Berlari Dan Mati, dan lagu terakhir adalah Kau, sebuah lagu tentang rasa kesyukuran dan keinsafan terhadap PenciptaNya.

Hujan10 012

Sepanjang kerjaya muzik mereka selama sepuluh tahun, HUJAN bukan sahaja berjaya memenangi hati peminat indie Malaysia tetapi juga mampu bersaing di pasaran arus perdana. Mereka telah berjaya menembusi pasaran muzik tempatan dengan memperkenalkan muzik alternatif rock dengan gaya mereka yang tersendiri. Berbekalkan kepakaran dalam persembahan pentas yang kuat dan bertenaga dan lagu-lagu alternatif rock yang menarik, ia adalah selamat untuk mengatakan bahawa mereka telah mengubah landskap industri muzik rock Malaysia.

Selama sepuluh tahun di dalam bidang muzik, HUJAN juga telah mengeluarkan dua EP dan lima album dan telah membuktikan bahawa band ini telah pergi jauh kerana telah berjaya menguasai dan menarik minat pencinta muzik dari luar negara seperti dari Indonesia, Singapura, Ireland, Britain, Perancis dan juga Australia.

Kumpulan ini juga tidak kurang hebatnya di Eropah terutamanya di United Kingdom. Oleh yang demikian HUJAN bakal menyempurnakan siri jelajah ‘Hujan London Tour’ pada hujung Mei ini untuk meraikan #raingersUK bersempena dengan Ulangtahun ke 10. ‘Hujan London Tour’ ini akan bermula pada:-

24 May The Macbecth, Hoxton
25 May The Workshop, Hoxton
28 May The Urban Bar, Whitechapel
29 May The Islington, Angel
30 May Surya, Shoreditch
31 May Nambucca, Holloway
1 June The Dingwalls, Camden
2 June The Dublin Castle, Camden

Album yang diterbitkan oleh HUJAN adalah di bawah Kamar Seni Enterprise ini sudah mula berada di pasaran tempatan dan juga di dalam semua platform digital mulai 20 Mei ini.  Kepada peminat muzik tanahair rebutlah peluang untuk memiliki album JIKA SEMPAT samada dalam bentuk cakera padat mahupun album digital edaran Warner Music Malaysia.

Hujan PC 2

Hujan PC 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat Raikan Ulang Tahun Aisyah Aziz di Universal Studios Singapore

DIDI & FRIENDS Lancar 20 Lagu Baharu Hanya Di Astro First