in ,

Trending Abby Abadi Janji Tak Nak Beli Kek dari Secret Recipe

Baru baru ini, Abby dan suami barunya, Jai, telah pergi ke premis Secret Recipe di Gua Musang untuk membeli kek. Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar tetapi seketika barulah Abby menyedari bahawa cawangan Secret Recipe itu diuruskan oleh orang bukan muslim.

Malangnya, pesanan dan bayaran telah dilakukan menyebabkan Abby tiada pilihan melainkan terpaksa menerimanya.

81

Ekoran itu, Abby memuat naik status di laman Instagramnya yang berjanji pada Allah tidak akan membeli kek di Secret Recipe lagi dengan alasan Secret Recipe tidak menepati ciri-ciri Islam serta mendakwa Secret Recipe menggunakan pekerja Islam untuk mengaburi pelanggan muslim.

Bagaimanapun, tindakan Abby itu menimbulkan rasa kurang senang followersnya yang menyatakan bahawa Secret Recipe telah mendapat status Halal dari JAKIM dan beranggapan tidak wajar Abby ‘mengharam’ apa yang sudah disahkan halal.

“Saya berjanji pada Allah, pada diri sendiri dan pada suami yang saya tak nak dah beli Secret Recipe dekat Gua Musang. Sebab apa? Baca sampai habis ye.

“Salah sendiri. Last minute semua. Itulah Abby Abadi. Nak potong kek jam 3 petang, kil 12 tengah hari baru nak beli.

“Memula masuk kedai, saya terus order dua kek. Ramai juga orang pada waktu itu. Tetapi saya tertunduk-tunduk malu sebab saya memang pemalu. Segan nak pandang orang sebenarnya. Tengah menunggu kek ditulis nama anak-anak, baru perasan yang incharge kedai itu non muslim.

“Gundah gulana terus hati kita wak! Tertanya-tanya alamak siapa yang buat kek ini semua? Confident level tinggi memula sebab tengok yang jaga kaunter semua adik-adik melayu Islam (mereka bertudung, sebab itu saya tahu mereka Islam). Dup dap dup dap dah masa itu. Tetapi suami dah bayarkan juga sebab dah order. Rasa nak menangis tetapi tak apalah. Dah lepas pun.

“Yang saya nak sampaikan di sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye. Non muslim tetapi halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita tetapi yang di dapur orang dia. Yang ni, buat kek yang sediakan bahan-bahannya siapa? Yang masak? Yang Islam pun lebih kurang je jaga halal/haram. Yang bukan Islam?

“Suka saya ingatkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat di sini, ustaz saya ada sampaikan yang kalau nak beli makanan, jangan beli pada orang kita yang tak taat perintah Allah sebab nanti makan, hati jadi hitam. Dah kalau orang kita pun boleh jadi begitu, yang non muslim? Usahakan jaga hak-hak Allah ye.

“Yang rasa tiada masalah itu ini, teruskan ye. Saya sekadar mengingatkan sahaja. Maafkan saya,” katanya.




Isu ini telah banyak menerima kecaman dan juga pendapat dari netizens. Apa pula pendapat anda tentang hal ini? Kat bawah ini ada satu pendapat yang diberikan oleh Shahrulezad, saya petik dari FB beliau:

Abam tak faham sampai bila lah kita ni rakyat Malaysia nak hidup dengan harmoni antara berbilang kaum ek kalau kita tak habis2 nak mencanangkan pada satu dunia yg iman kita saja yg valid sekali di mata Allah dan orang lain selayaknya duduk dalam neraka. 

Kalau yer pun kita yakin ‘faith’ kita tu betul tapi tak payah lah nak berlagak sangat. Simpan dalam hati dah lah dan pegang iman tu betul betul sbb bila2 masa jer Allah boleh terbalikkan iman kita. So Tak yah nak hina sangat ‘faith’ orang lain. Kita kan hidup berbilang bangsa dan agama. So tak boleh ker kita saling hormat sesama kita walaupun berlainan kepercayaan? What if kalau non Muslim lain membaca status bongok pompuan ni? Tak ker nampak orang Islam especially perempuan bertudung sejenis bodoh sombong dan perasan suci murni? Kalau orang cakap perangai serupa Yahudi nanti marah sebab hanya Yahudi jer rasa dia adalah makhluk yg paling mulia di sisi tuhan. Nak berdakwah ni senang jer.Tunjuk perangai baik dan bertolak ansur sesama pun dah cukup. Tak payah nak go deep sangat kait segala hukum hakam. 

Puhleaseeeeee la Abby oiii….please dun give bad branding to our religion laaa. Cukup lah orang satu dunia ni tuduh agama kita ni dengan tuduhan yg bukan2 ni ko nak lagi nampak agama Islam ni buruk sangat di mata orang bukan Islam. Orang macam ni ler buat non Muslim menyampah dengan agama Islam as if Islam adalah agama yg memupuk kebencian pada penganutnya dengan memandang rendah pada kepercayaan agama lain. Kalau macam tu baik ko masuk ISIS jer kalau dah perangai double standard tu dah lebih kurang sama.

BTW FYI Secret Recipe ada HALAL JAKIM. Yg tak der halal jakim tu mulut ko jer yg sedap tekak nak cakap tak guna akal. Macam lah tepung gula segala benda yg dijadikan bahan makanan yg ko anak beranak dok mencekik hari hari tu dari air tangan orang Islam semata mata. Think Abby Think! 

*silap silap telekong sembahyang yg ko guna hari hari tu made in China walaupuunnnnn beli kat kedai depan Masjidilharam kekdahnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Kata Selebriti Tentang Konsert CINTA

Orang Pahang BerDRAMA SANGAT Bersama Selebriti