in

Orang Pahang BerDRAMA SANGAT Bersama Selebriti

Pada hujung minggu lalu, siri jelajah Bas Drama Sangat berjaya menggemparkan beberapa lokasi di Pahang termasuk Raub, Temerloh, Jengka dan Bera. Lebih menarik lagi, siri Jelajah Bas Drama Sangat kali ini dikunjungi hampir 30,000 orang peminat yang telah meredah cuaca panas terik demi beramah mesra dengan artis kesayangan mereka.

Empat lokasi persinggahan ini dihangatkan lagi dengan kehadiran lapan orang pelakon yang sedang ‘meletup’ di kaca televisyen iaitu Raja Afiq, Niena Baharun & Reen Rahim (Akasia: Sayangku Kapten Mukhriz), Ruhainies & Azrel Ismail (Dahlia: Menantu Ting Tong), Fadlan Hazim (Iris: Kahwin Muda) dan Syazwan Zulkifly & Puteri Aishah (Dahlia: Cinta Roller Coaster).

Siri Jelajah Bas Drama Sangat (1)

30,000 Orang Pahang “Berdrama” Sangat! 8 Artis Bertemu Peminat Di Sekitar Negeri Pahang

Setelah tamatnya Lintas Langsung persediaan keberangkatan Bas Drama Sangat menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di Sri Pentas, Bandar Utama, bas Drama Sangat terus berlepas ke lokasi pertama iaitu Dataran Raub.

[pullquote align=”right”]Selain menyiarkan sesi persediaan Jelajah Bas Drama Sangat, NLKO juga menyiarkan sesi temubual ekslusif bersama dua orang pelakon yang turut menyertai sesi jelajah kali ini, iaitu Azrel Ismail dan Niena Baharun.[/pullquote]

Pada malam itu juga, 20 orang pemenang peraduan #TekaSangat yang diadakan melalui Instagram TV3 dan TV9 turut menghadiri sesi makan malam bersama artis di Bukit Bendera Resort, Mentakab, Pahang. Makan malam tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin selaku EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.

Hari kedua jelajah ini bermula dengan aktiviti Mega Zumba Drama Sangat dan sesi ramah mesra bersama artis-artis di Dataran Temerloh, Pahang. Di sebelah petang pula, bas Drama Sangat telah bertolak ke lokasi ketiga iaitu Dataran Jam Nadi Kota, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang di mana para peminat turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktivti pentas yang menghiburkan.



Siri jelajah yang berlangsung selama 3 hari ini berakhir di Dataran Laman Kerayong Bera, Pahang dengan permainan Sukan Rakyat bersama-sama 20 lagi pemenang bertuah peraduan #ManaBasNi, yang turut diadakan menerusi Instagram TV3 dan TV9.

Jelajah Bas Drama Sangat 2016 yang sudah beraksi selama dua tahun masih mempunyai objektif yang sama, iaitu sebagai satu acara penghargaan buat para peminat setia drama yang disiarkan melalui stesen TV3 dan TV9, dengan membawakan bintang-bintang utama drama untuk bertemu dengan para peminat. Bintang-bintang ini juga sentiasa mendapat sambutan hangat para penonton menerusi slot Akasia, Zehra, Samarinda, Lestary, Dahlia, Iris, Aksi, Azalea dan banyak lagi.

Para peminat turut dijemput untuk memeriahkan dunia maya Jelajah Bas Drama Sangat dengan menggunakan hashtag #DramaSangat untuk sebarang interaksi di laman sosial. Jangan lupa untuk nantikan juga pengumuman siri jelajah seterusnya yang akan diberitahu kelak!

Untuk maklumat terkini, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my & www.tv9.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia & @TV9Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton di kaca televisyen, anda juga boleh layari laman web www.tonton.com.my.

Mega Zumba Drama Sangat - Ruhainies

Mega Zumba Drama Sangat - Raja Afiq

Dari Kiri - Fadlan Hazim, Ruhainies, Azrel Ismail, Raja Afiq, Puteri Aishah, Niena Baharun, Reen Rahim, dan Syazwan Zulkifly.

Azrel Ismail bersama-sama seorang peminat bertuah

Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin selaku EXCO Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang turut menghadiri acara makan malam bersama pemenang-pemenang peraduan.

Temubual ekslusif bersama Niena Baharun dan Azrel Ismail di studio NLKO

Ruhainies dan para peminatnya

Pemenang-pemenang peraduan di laman Instagram TV3 dan TV9 bermakan malam bersama artis-artis

Para peminat teruja untuk berjumpa dengan artis kegemaran mereka

Para artis bertemu dengan peminat secara bersemuka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Abby Abadi Janji Tak Nak Beli Kek dari Secret Recipe

#sehatisejiwa Semarak Program Khas Bulan Kebangsaan