in ,

Apa Kata Selebriti Tentang Konsert CINTA

Menurut kata-kata pujangga, dunia akan membeku tanpa cinta. Maka mengangkat predikat cinta yang sangat besar maknanya dalam kehidupan manusia dan kehidupan sejagat, konsert ini diberikan judul yang santai tetapi penuh makna~ KONSERT CINTA.

Buat perdana kalinya, penyanyi muda Nadira Adnan yang kini sedang mencipta nama di Malaysia dan Indonesia bakal muncul dengan konsert yang bakal mengabungkan juga nama-nama besar dalam dunia seni. Yuna, Amy Search, Noh Salleh, Joe Flizzow dan Al Ghazali akan turut merealisasikan makna cinta masing-masing di Istana Budaya pada 19 dan 20 Ogos ini.

Cinta Concert di Istana Budaya

Cinta menjadi elemen utama kali ini dalam konsert yang akan diadakan di Istana Budaya, Sempena bulan kemerdekaan Malaysia, semangat cintakan negara dan tanah air ditumpahkan dalam konsert yang bakal diadakan ini.

Melihatkan nama-nama penyanyi yang berhimpun dalam konsert ini, secara persamaannya mereka semua telah mencipta nama di luar negara. Lagu-lagu mereka berkumandang di luar dan secara langsung telah menaikkan nama Malaysia ke mata dunia luar,

Apa Kata Selebriti Tentang Konsert CINTA

Bertempat di Panggung Sari, konsert yang dibawakan oleh Nadira Music Management ini akan bermula pada 8.30 malam. Menariknya tentang Konsert Cinta ini ialah bukan sahaja daripada pemilihan lagu artis yang terlibat tetapi juga produksi konsert yang menitikberatkan soal pementasan dan rekaan yang pasti memukau mata penonton yang hadir kelak.

[pullquote align=”right”]Nadira semakin dikenali di Indonesia. Lagu duetnya bersama Al Ghazali yang akan turut muncul dalam konsert ini semakin di terima di Indonesia. Yuna mencipta nama yang cukup besar di Amerika Syarikat.[/pullquote]

Begitu juga dengan Joe Flizzow, Noh Salleh dan sudah tentunya Raja Rock Negara, Amy Search yang kini tidak asing di mata dan pendengaran orang luar. Sebut sahaja Isabella, bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi negara seberang cukup meminati lagu tersebut.

“Dapat kembali ke Istana Budaya malah dapat menyanyi bersama anak-anak muda yang mengharumkan nama Malaysia merupakan kebanggan buat saya. Bersempana dengan bulan kemerdekaan ini, saya berharap rakyat Malaysia dapat meluangkan masa untuk menunjukkan rasa cinta dan apresiasi terhadap penyanyi-penyanyi kebanggan Malaysia,” ujar Amy.

Malah menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato Mohamed Juhari Shaarani, beliau sangat berbangga dengan penciptaan nama artis-artis yang akan terlibat dengan Konsert Cinta yang bersifat semi muzikal ini.

“Konsert Cinta yang bersifat semi muzikal ini menjadi salah satu agenda dalam jadual Istana Budaya tahun ini, Jika dilihat kepada pengisian konsert serta nama artis-artis yang terlibat, ia merupakan sebuah inspirasi anak merdeka alaf baru. Kita sangat berbangga dengan usaha penyanyi-penyanyi ini dalam memperkenalkan bakat mereka sekaligus memartabatkan nama Malaysia di mata luar,” ujar Ketua Pengarah Istana Budaya,

Sebagai informasi, Nadira Adnan telah muncul dengan album perdananya yang diberi judul ISI HATI. Lagu-lagu dari album yang diedarkan di Malaysia dan Indonesia ini akan diperdengarkan buat pertama kalinya secara langsung buat para peminat di Malaysia.



Gementar namun penuh pengharapan, Nadira Adnan yang kini berinjak ke usia 19 tahun telah melalui proses persediaan intensif untuk konsert ini sejak bulan Mei lalu. Di selang seli dengan jadual pembelajaran sebagai pelajar perubatan, Nadira menjalani kelas vokal di Indonesia.

“Saya sangat teruja namun gementar kerana ini merupakan persembahan terbesar saya buat pertama kalinya. Saya seakan tidak percaya kerana dapat membuat persembahan bersama nama-nama besar industri hiburan tempatan yang merupakan inspirasi saya.” Luah Nadira yang sudah menjalani latihan secara intensif sejak bulan Jun lalu,

“Saya harap semua yang terlibat serta penonton turut merasai keterujaan saya. Saya berharap usaha serta penat lelah saya akan membuahkan hasil,”ujar Nadira Adnan yang kini terkenal dengan lagu Sayang.

Menurut Joe Flizzow pula,

“Saya tidak sabar untuk menghiburkan penonton dan membuat persembahan di pentas yang penuh berprestij.”

Selain itu,Noh Salleh yang kini terkenal dengan lagu Angin Kencang merasakan ini merupakan sebuah peluang yang baik untuk dirinya.

“Dapat bergandingan dengan nama-nama besar di dalam industri muzik tanah air merupakan satu kebanggan buat saya, ”ujar Noh.

Manakala menurut Yuna yang sekarang sedang mengharumkan nama Malaysia di luar negara,

”Saya amat terharu untuk membuat persembahan di Istana Budaya bersama Amy Search, Joe Flizzow, Noh serta Nadira. Saya berharap peminat dapat turut bersama-sama datang menyaksikan konsert ini nanti.”

Konsert ini akan memperlihatkan Eddie Slam sebagai pengarah muzik dengan ditemani pemuzik-pemuzik handalan Malaysia.

Tiket-tiket Konsert Cinta yang berharga RM100, RM175, RM250, RM300 dan RM 500 sudah mula dijual pada 21 Julai 2016 di www.ticketpro.com.my dan kaunter tiket Istana Budaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem TEMUAN TAKDIR Dapat Sokongan DiRaja

Trending Abby Abadi Janji Tak Nak Beli Kek dari Secret Recipe