in , ,

Sebelum Tonton Filem J2: J RETRIBUSI di Disney+ Hotstar, Dengar Dulu Lagu RUNUT Ralit

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah di pelantar digital hari ini.

Sebuah lagu rap yang digubah oleh Ming dan Wolfy, ditulis dan dinyanyikan oleh Tuju yang mempunyai vokal yang unik dan serak dan dihidupkan lagi dengan vokal luar biasa oleh Malik Abdullah. RALIT yang kini boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes. 

“Alhamdulillah, kami sangat berbesar hati di atas peluang dan kerjasama dari pihak produksi dan pemasaran filem ini. RALIT diilhamkan dari penceritaan J2: J Retribusi di mana seorang hero yang berada dalam keadaan yang genting dalam masa yang semakin suntuk untuk menyelamatkan orang yang disayanginya. Saya berharap penonton dan peminat muzik dapat menghayati setiap bait lirik lagu ini bersama penceritaan di sebalik filem yang hebat ini. Terima kasih,” kata Tuju.

Ralit Cover (FINAL)

“Ianya sebuah kerjasama yang sangat mudah apabila kami sebulat suara dapat menyatukan mereka dalam sebuah lagu di mana sebelum ini kami pernah bekerjasama bersama Malik Abdullah untuk runut bunyi Ejen Ali The Movie untuk lagu Kita Jaga Kita dan kami sentiasa menghargai perjalanan muzik Tuju dan K-Clique. Oleh itu besarlah harapan kami kepada peminat dan penonton akan menikmati trek yang hebat ini”, kata Puan Liz Chong, Ketua, Pengedaran dan Pemasaran Filem.

Video lirik rasmi RALIT akan dilancarkan di YouTube Monkey Bone (youtube.com/MonkeyBoneRecords) tepat jam 3 petang ini.

J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi, akan dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021. Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS mulai 1 Jun 2021 dan langgani dengan RM54.90 untuk 3 bulan. Untuk info lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my.

#J2 #JRetribusi #Ralit #DisneyPlusHotstarMY

LAGU TEMA J2: J RETRIBUSI DILANCARKAN

Dengarkan RALIT di semua pelantar digital mulai 14 Mei 2021

Artis: Tuju featuring Malik Abdullah

Komposer: Ming, Wolfy 

Penerbit Asal: MassMusic Worldwide Enterprise 

Penerbit-Sub: Universal Music Publishing/Tuju (Keramat Music Publishing)

Lirik: Tuju (Keramat Music Publishing)

Penerbit: Ming (MassMusic Worldwide Enterprise)

Hak Cipta: Monkeybone

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masih Menjalani Kuarantin, Nabila Huda Masih Tiada Deria Bau & Rasa

Dah Berbulan Hilang, Aliff Syukri Tak Sengaja Bagitahu Sajat Berada Dekat Mana