in ,

Masih Menjalani Kuarantin, Nabila Huda Masih Tiada Deria Bau & Rasa

Pelakon Nabila Huda yang menjalani kuarantin di rumah akibat terkena jangkitan Covid-19 berkongsi masih tidak mempunyai deria bau dan rasa.

Bagaimanapun, Nabila berasakan keadaan dirinya bertambah baik berbanding beberapa hari sebelum ini.

“Saya hanya nak berkongsi kepada semua, semalam saya sakit tekak, hari ini macam sudah kurang. Rasa macam ada cecair di tekak. Saya tak pasti adakah ia tanda untuk bertambah pulih atau tidak. Tapi saya berasakan kesihatan badan bertambah baik.

“Deria bau dan rasa masih tidak ada. Tapi semua okay, Saya gembira. ‘Mood’ pun macam sudah kembali normal. Tidak tahu pula ia akan ‘kacau’ semula, saya emosi semula,” katanya.

NABILA HUDA

Menerusi hantaran di Instagram, Nabila juga mengucapkan terima kasih kepada rakan dan peminat yang tidak berhenti menitipkan doa buat dirinya.

“Terima kasih kepada rakan dan peminat yang disayangi atas doanya. Malam ini rasa nak luangkan lagi masa untuk sesi siaran langsung di Instagram bersama anda.

“Saya fikir ia membantu buatkan saya gembira dengan komen positif dan saya boleh bebel. Membebel pun membantu juga untuk hilangkan berfikir secara berlebihan,” katanya.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dianiaya & Dicurangi Ketika Hamil, Bekas Isteri Cliff Umar Buat Pendedahan Panas

Sebelum Tonton Filem J2: J RETRIBUSI di Disney+ Hotstar, Dengar Dulu Lagu RUNUT Ralit