in

Scotty McCreery Winner American Idol Season 10

SIAPA BAKAL JUARA AMERICAN IDOL MUSIM KE-10?

SAKSIKAN SECARA PERCUMA Eksklusif di 8TV

FINAL PERFORMANCE
Tarikh Siaran: 26 Mei 2011
Hari: Khamis
Masa: 10.00 malam
GRAND FINALE
Tarikh Siaran: 27 Mei 2011
Hari: Jumaat
Masa: 10.00 malam

Teka-teki siapa juara American Idol (Musim ke-10) bakal terjawab! 8TV bakal berkongsi debaran ini dengan penonton setia kami dengan menyiarkan malam keputusan American Idol (Musim ke-10) Jumaat ini jam 10.00 malam secara PERCUMA!

Tidak dapat dinafikan American Idol (Musim ke-10) ini merupakan musim paling digemari ramai berikutan jumlah undian yang diperoleh pada minggu lepas! 95 juta undian diterima pada minggu lepas sekaligus mencatat sejarah tersendiri apabila memecah rekod malam final untuk musim sebelumnya (musim ke-9) iaitu melebihi 15 juta undian!

Debaran kian terasa. Dua peserta akhir, Lauren Alaina (16 tahun) dan Scotty McCreery (17 tahun) bakal beraksi di pentas American Idol buat kali terakhir sebelum salah seorang dari mereka dinobatkan sebagai juara American Idol (Musim ke-10)!

Jika dilihat sejarah kedua-dua peserta, ternyata Lauren dan Scotty mempunyai kekuatan tersendiri! Kedua-dua bintang muda ini cukup konsisten dan sentiasa memberikan persembahan yang memukau sepanjang pertandingan berlangsung. Kini segalanya terletak di tangan rakyat Amerika untuk menentukan siapa yang layak bergelar juara!

Malam final ini bukan sahaja meraikan sang juara tetapi ia juga merupakan sebuah malam yang akan diingati sampai bila-bila kerana musim ke-10 ini menyaksikan kehadiran Jennifer Lopez dan Steven Tyler sebagai juri. Tidak ketinggalan pelatih muzik Jimmy Lovine yang sentiasa berkongsi pengalaman, kritikan dan tunjuk ajar kepada peserta-peserta ini.

Persembahan final American Idol (Musim ke-10) ini akan disiarkan secara PERCUMA di saluran hip 8TV pada 26 Mei 2011 (Khamis) jam 10.00 malam manakala keputusannya akan diumumkan pada 27 Mei 2011 (Jumaat) jam 10.00 malam.

Sejak pertama kali rancangan ini disiarkan sekitar tahun 2002, American Idol telah memberi satu fenomena baru dalam industri hiburan bukan sahaja di Amerika tetapi di serata dunia! Program ini ternyata memberi ruang baru untuk bakat-bakat di luar sana mencuba nasib sebagai penyanyi dan bintang yang menjadi idola ramai!

Pentas American Idol ini telah melahirkan ramai bintang yang cukup berbakat antaranya Kelly Clarkson, Ruben Studdard, Fantasia Barrino, Carrie Underwood, Taylor Hicks, Jordin Sparks, David Cook, Kris Allen dan Lee DeWyze.

“Ini merupakan musim ke-10 program American Idol ini disiarkan dan setiap tahun kita dapat menyaksikan bintang-bintang baru yang cukup berbakat lahir dari program realiti ini. Tahun ini menyaksikan perubahan besar dalam sejarah American Idol dengan kehadiran juri-juri baru, pelatih muzik tetap serta undian luar dalam sejarah penerbitan program ini! Segalanya lebih besar dan meriah untuk musim ini dan saya cukup teruja untuk menyaksikan persembahan final Khamis ini!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Apa yang lebih menarik, kami di 8TV akan menyiarkan malam final American Idol ini secara PERCUMA eksklusif untuk penonton-penonton setia kami!”

Pastikan anda menjadi saksi malam penuh gemilang ini! Kehadiran lebih 100, 000 orang yang datang menyertai sesi ujibakat pada musim ini, meraih undian tertinggi dalam sejarah penerbitan American Idol, musim ke-10 ini pasti tidak sama dengan musim-musim sebelumnya! Nantikan persembahan-persembahan istimewa pada malam final ini dan persembahan Top 13 yang pasti menyingkap memori anda semua!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan malam final American Idol (Musim ke-10) yang akan menampilkan juri-juri kesayangan anda Jennifer Lopez, Steven Tyler dan Randy Jackson serta persembahan hebat dari Lauren dan Scotty! Tandakan kalendar anda, pastikan anda menonton malam final American Idol (Musim ke-10) dan berkongsi debaran ini dengan kami pada 26 dan 27 Mei 2011 (Khamis dan Jumaat) jam 10.00 malam ini. Segalanya PERCUMA hanya di 8TV!

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708 atau melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my untuk menyaksikan rancangan-rancangan kegemaran anda!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Annissa Lakonan Rozita Che Wan

Ramli Sarip Live At Hard Rock Café Kuala Lumpur